” Alhamdulillah. Welcome to the world my son.. “

Hafiz Suip Selamat Menimang Cahayamata Keduanya. Tahniah Hafiz dan Nureffy !!

Persembahannya di pentas akhir AJL 34 baru-baru ini menyentuh hati peminat. Membawa isterinya yang sedang sarat mengandung ke pentas nyanyian sebagai tanda betapa sayang dan berharganya wanita itu di dalam hidupnya membuatkan ramai yang menitiskan airmata.

Siapa lagi kalau bukan penyanyi bersuara emas, Hafiz Suip. Hafiz yang telah menikahi isterinya Nureffy Jesreel Abdullah pada 14 Mei 2016 sudahpun mempunyai seorang cahayamata lelaki sebelum ini yang dinamakan Muhammad Riyadh Zafri.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz bin Mohd Suip adalah seorang bintang yang dilahirkan daripada rancangan realiti TV, Akademi Fantasia. Berjaya dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia musim ketujuh, bintang seni Hafiz semakin bersinar. Lagunya menjadi siulan ramai antaranya Masih Jelas, Awan Nano dan Kisah Cinta Kita. Hafiz juga sudha berjaya memegang gelaran Juara Lagu AJL untuk tahun 2011 dan 2013.

Menerusi akaun Instagram, Hafiz Suip telah berkongsikan khabar gembira tentang kelahiran cahayamatanya yang kedua. Berita ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran oleh Hafiz. Peminat juga pastinya teruja untuk melihat si kecil ini. Mesti comel macam abang Riyadh !

Rata-rata netizen gembira dengan berita dari Hafiz ini. Antara komen-komen netizen :

” Tahniaaaahhhhh.. “

” Alhamdulillah tahniah pisssss.. “

” MasyaAllah Alhamdulillah tahniah dik.. “

” Alhamdulillah.. Tahniah hafiz dan wife.. “

” Alhamdulillah.. Tahniah hafizsuip.. Dapat anak laki.. 2 dah hero kitak.. “

” Tahniah buat hafiz dan selamat berpant4ng buat nureffyj.. “

” Selamat datang baby ke dunia semoga sihat semua aminnn.. “

Khabar gembira untuk semua peminat yang menanti-nanti kelahiran baby Hafiz. Dan pastinya yang paling gembira adalah Hafiz dan isteri akhirnya dapat melihat wajah anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari ini di depan mata. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah dan selamat berpant4ng untuk Nureffy dan moga ibu dan baby sihat sentiasa. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hafiz Suip, IG Nureffyj by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..