” Hadiah dan tindakan yang sebenar.. ” – Netizen

Video Harris Annuar Beri Kej0tan Untuk Seluruh Keluarganya. Wah Bukan Kaleng-Kaleng ‘Hadiah’ Ni. Ucapan Last Tu Terbaik Aboy !!

Terkenal dengan imej botaknya, Harris Annuar atau lebih mesra dengan nama Aboy sering menghiburkan peminat-peminat dengan video lucunya. Anak kepada pengasas kosmetik terkenal, Kak Ton ini seorang yang ceria dan sentiasa gembira.

Selalu membuat pr4nk kepada Kak Ton, aksi Aboy dan Kak Ton mencuit hati. Macam-macam idea nak4l dilakukan Aboy untuk mengus1k Kak Ton. Bekas peserta Hero Remaja ini juga antara yang popular. Instagramnya sahaja sudah diikuti 812 ribu orang.

Meninjau akaun Instagram Harris Annuar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan beliau menunjukkan beberapa kepingan kertas yang tertera nama seluruh keluarganya di situ. Aboy membuat tempahan untuk turut sama melakukan ibadah k0rban di raya Aidiladha nanti.

Apa yang mengagumkan, kesemuanya dibiayai oleh Aboy dan ini tidak diketahui oleh keluarganya itu. Walaupun kewangannya tidaklah terlalu banyak namun Aboy menganggapnya sebagai hadiah dan balasan untuk semua doa dan sokongan daripada keluarganya itu.

Jom tonton video di bawah :

Tindakan Harris yang bagus ini mendapat perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Rezeki dikongsi bersama keluarga, berkatnya tak terkata.. ” 

” Hadiah dan tindakan yang sebenar. Ini dipanggil sayang dunia hingga ke akhirat. Terbaik bro.. “

” Tahniah kawan harris annuar dah tunaikan niat yang baik. Alhamdulillah.. “

” Doa kawe nak etek ikut jejak demo boh..  Tahniah Aboy. Ni satu contoh yang baik, salute.. “

” Baiknya hati. Semoga Allah membalas jasa mu.. Hmmm I will did this one day Insyallah.. “

” Alhamdulillah. Moga urusan harris annuar dipermudahkanNYA.. Aaminn.. “

Satu contoh terbaik untuk diikuti. Hadiah paling bermakna untuk ibu dan ayah yang diimpikan semua anak. Moga kita semua juga berpeluang berbakti seperti ini. Apa pun, semoga segala urusan Aboy dipermudahkan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah lagi. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Harris Anuar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..