” Rajinnya my sayang, Ayden Adrean.. ” – Bella Astillah

Bella Astillah Kongsi Gambar Anaknya, Ayden Adrean Yang Rajin Jaga Adik. Amboiii.. Puk0l 5 Pagi Buaikan Adik, Rajin Sungguh Abang Ayden Ni !!

Umum mengetahui bahawa Bella Astillah baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada 18 Julai lepas. Bella selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah hospital pada jam 6.10 pagi dan melalui proses bersalin selama dua jam setengah.

Bella turut berkongsi gambar beliau bersama bayinya itu sebaik sahaja beliau selamat melahirkan cahaya matanya itu di akaun Instagram. Perkongsian Bella itu telah dihujani oleh ucapan tahniah daripada netizen dan mendoakan agar Bella dan bayinya itu dalam keadaan baik.

Terdahulu, Bella telah merujuk semula dengan penyanyi Aliff Aziz pada tahun lepas selepas mereka mengumumkan pencer4ian beberapa bulan sebelum itu. Hasil perkongsian mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ayden Adrean.

Menerusi Insta Story di akaun Instagram Bella, beliau telah berkongsi beberapa gambar dan video anak sulungnya, Ayden menjaga adiknya. Ayden dilihat begitu menyayangi adiknya dan sangat rajin menjaga si adik. Wah, bagus sangat Ayden !!

Biasanya anak sulung akan berasa cemb0ru apabila mempunyai adik kerana pastinya adik menjadi tumpuan utama selepas dilahirkan. Tetapi sikap Ayden sangat bagus kerana dia lebih suka menjaga adiknya dan hal ini pastinya sedikit sebanyak membantu Bella semasa dalam pant4ng.

Alahai rajin sangat Ayden, kecil-kecil lagi dah boleh diharap untuk jaga adik. Bertuah Bella dan Aliff dapat anak macam Ayden. Semoga Ayden dan adiknya membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh serta mentaati Allah, Rasulullah dan kedua ibu bapa. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..