” Habis berkelecah mommmyyyy, bab4p kang.. ” – Netizen

Video Anak Hanis Zalikha, Alisa Aisyah Makan Nasi Berterabur Yang Mencuit Hati Netizen. Part Cakap ‘Wow’ Tu Memang Comel Tak Boleh Bawak Bincang Dah !!

Alisa Aisyah yang berwajah comel dengan mata yang bulat membuatkan anak kepada pasangan popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini menjadi perhatian ramai. Boleh dikatakan hampir setiap hari video Alisa Aisyah mengisi ruang di laman Instagram miliknya.

Tidak hairanlah video-video Alisa akan mendapat ratusan ribu viewers dan ribuan komen daripada netizen. Jumlah pengikut di laman Instagram kini sudah pun mencecah 1 juta pengikut. Alisa merupakan si cilik yang sememangnya ditunggu-tunggu setiap videonya.

Kini Alisa sudah berusia 1 tahun . Pelbagai perkara baru yang si comel ini pelajari setiap hari. Alisa juga sudah mampu makan menggunakan tangannya sendiri. Dan mencuba pelbagai jenis makanan yang diberi oleh ibunya. Setiap kalu makan ibunya Hanis selalu menyuruhnya menyebut perkataan wow. Comel sangat !!

Menerusi entri terbaharu di laman Instagram The Alisa Aisyah (Fan page), sebuah video telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan Alisa Aisyah sedang makan nasi di meja makan. Ibu Alisa yang ada bersama menyuruhnya menyebut wow. Reaksi Alisa sangat comel apabila menyebut ‘wow’.

Apa yang lebih menarik lagi, nasi yang dimakan oleh Alisa habis berterabur di bajunya. Pada tangannya juga penuh melekat bijian nasi.  Ini merupakan proses awal pembelajaran buat Alisa untuk makan nasi dengan menggunakan tangan. Nanti lama-lama pandai lah kan !!

Jom lihat video Alisa yang comel di bawah ini :

View this post on Instagram

@thealisaisyyah 😂

A post shared by Alisa Aisyah (Fanpage) (@thealisaaisyyah) on

Video Alisa yang comel ini mendapat pujian daripada netizen. Ini antara komen-komen yang dit1nggalkan mereka di ruang komen :

” Habissss berkelecah mommmyyyy, Bab4p kang. Eeiiiii comelnya.. “

” Apeni Alisaaaa cute sgt niee, Say wow pleaseee.. “

” Ya Allah Alisa com0t-com0t  pun cute mcm ibu dialah, cantik.. “

” Tengoklah adik kami pandai dah makan guna tangan, hahahaha dia buat lagi.. “

” Hehe dia mkn berhamburnya la, tapi tetap cute masya Allah.. “

Halah.. halah.. halah memang comel sangat Alisa ni. Walaupun com0t tetap comel jugak. Terima kasih fan Alisa kerana berkongsikan video ini. Semoga Alisa terus membesar dengan sihat, menjadi orang yang berakhlak dan berilmu serta yang paling penting ingat jasa dan peng0rbanan orang tua. Okay, sayang Alisa !!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Alisa Aisyah ( Fan Page), Hairul Azreen, Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..