” Feel to cry.. “
Norman Hakim Kongsi Video Sedang ” Pedicure ” Untuk Ayahnya, Buatkan Ramai Netizen Sebak !! Tak Sangka Ini Sebabnya..
Mohamad Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim dilahirkan pada 8 Januari 1975 dan merupakan seorang pelakon. Beliau berasal dari Kuatan Pahang, dan merupakan bekas juara Hero Remaja tahun 1993/94. Terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas sejak tahun 2003.
Kerjaya Norman bermula apabila beliau menjadi seorang peserta Hero Remaja. Hasilnya, beliau dinobatkan sebagai juara. Memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1999 dalam drama Idaman. Kerjaya filem, Norman menjayakan watak utama bersama Erra Fazira dalam filem Pasr4h.
Beliau juga pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Abby Abadi dan telah mempunyai tiga orang anak. Pasangan ini akhirnya bercer4i dan demi kebahagian anak-anak, Norman dan Abby Abadi menjadi baik. Selepas daripada itu, Norman kemudiannya telah bernikah dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011 dan mempunyai tiga orang cahaya mata.
Menerusi Instagram, Norman serta anak-anak telah pulang ke kampung halaman beliau di Pahang untuk menziarahi kedua ibu bapanya. Norman turut berkongsi video dimana beliau yang membuat rawatan kaku kaki untuk ayahnya. Namun, Norman juga turut berkongsi tentang ayahnya juga.
Ikuti perkongsian Norman dibawah :
” PEDICURE for Ayah.. “
” Nampak tak telefon sebelah ayah ? Dia tak pernah pun call siapa2. Dia pun takkan cakap apa2. Tapi kalau kita pandai ‘baca’ apa yg tersirat, (correct me if im wrong) dia mengharapkan anak2, cucu2 dia akan lebih kerap call lepas ni sbb tak pernah pun dia letakkan telefon betul2 dekat sebelah dia sebelum ni.. “
” Action speaks louder than words.. “
Rata-rata Netizen telah memberikan komen yang baik buat Norman. Antara komen-komen tersebut :
” Alhamdulillah jambatan tuk syurga.. “
” Untong lah norman ada ayah layan lah ayah sebaik nya .. akak tak punya ayah lagi .. “
” Ya Allah… Anak yg baik. Sejuk mata ayahnya memandang. Masa ni la dia inginkan layanan dari anaknya. Masa dia ada layan la dia dg sebaik2nya. Syurga tmpt mu.. Menitik air mata.. ”
” Terbaik abg norman.. “
” Alhamdulillah.. ank soleh.. “
” Feel to cry.. “
Sebak pula bila baca perkongsian Norman ini. Sejuk mata ayahnya memandang Norman. Lakukanlah sehabis baik yang mungkin untuk kedua ibu bapa kita, kerana mereka adalah jambatan kita untuk ke syurga. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak, mendoakan semoga ayah Norman sentiasa sihat. Amin.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Norman Hakim by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..