” Saya antara yang tidak setuju dahulu. Maafkan saya.. “

Ekin Dan Mawi Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-11 . Terkenang Doa Orang Ramai 11 Tahun Yang Lalu, Sedihnya.. Tergam4kkan !!

Siapa tidak kenal, pasangan suami isteri penyanyi terkenal Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani dan isterinya  Nora’Syikin Rahmat yang juga kini pengusaha “P0lka Pops Dessert”. Baru-baru ini genaplah usia perkahwinan mereka 11 tahun dalam menyulam cinta mahligai yang sudah dibina.

Terdahulu, Mawi dan Ekin telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008. Mawi yang merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Beliau terkenal dengan frasa “World” dan seringkali disahut oleh peminatnya, “Mawi World” .

Terkenang ketika majlis pernikahan pasangan ini di Masjid Sultan Abu Bakar,  mereka berpakaian sedondon berwarna putih gading tajaan Cosry,  disempurnakan oleh imam masjid tersebut, Datuk Mahad. Said dengan empat orang saksi termasuk penyanyi Akhil Hayy mewakili keluarga mawi dan pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhilah Kamsah bagi pihak pengantin perempuan.

Menerusi Instagram milik Ekin, beliau telah berkongsi ucapan sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama suami tercinta, Mawi. Dalam ucapan itu, Ekin juga terkenangkan ucapan netizen 11 tahun yang dulu, dengan meramalkan tempoh perkahwinan mereka tidak panjang. Namun beliau bersyukur, kerana jodoh mereka masih panjang dan bahagia hingga kini.

Ikuti perkongsian Ekin di bawah :

” Alhamdulillah genap 11 tahun bersama u @cahayaasmawi .. “

” Walaupun masa awal kawin dulu ramai yg doakan kami kekal cuma setahun dua dan ada gak yg ckp 2 3 bulan je tu x kemana pun dieorg ni !! Ermmmm.. xpelah kte manusia hanya mampu merancang selebihnye kita berserah pada penciptakan.. Apa2 pun kte sentiasa berSyukur sampai ke tahap ni.. luv u..

” #ekinmawi #mawiekin #anniversary.. “

Rata-rata peminat telah memberikan komen ucapan selamat ulang tahun dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Antara komen-komen tersebut :

” Allah.. semoga bahagia hingga ke jannah.. semoga sentiasa bahagia.. mkcik doakan mawiekin dikurnia zuriat yg comel2 dpt bagi cahaya adik dan adik.. yg soleh solehah.. “

” Happy anniversary sis ekin n mawi.. smg kebhgiaan ini kekal hgga ke jannah.. “

” Jika dah tersurat siapa pon x boleh nak bantah… Happy anniversary ekin dan mawi…. semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa, seterusnya bersama di Jannah.. “

” Kejapnyaaaa dah 11 tahun.. Rasa mcm baru je last year jadi org blkg tabir majlis Resepsi kat johor.. Btw, happy anniversarry to both of u Ekin n Cik Wiwi.. “

” Dulu yes saya antara yg x brp setuju tgk uoll berdua.. maafkan saya ya.. happy ann.. semoga berbahagia till jannah @ekinmawi_cahaya.. “

” Happy tengok you all berbahagia hingga ke jannah.. “

Alhamdulillah… Bahagia melihat pasangan ini. Macam-macam mulut orang ini, ada saja ramalan mereka.Yang penting, ALLAH tahu niat kita, soal jodoh, kita tidak ada hak untuk pertikaikan kerana ini semua hak ALLAH. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kepada Ekin dan Mawi. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin..

Silakan SHARE.

Sumber : IG Ekin Mawi by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..