” Ewah-ewah Eshaal, kelakar betul. Non-stop speaking.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak-Anak Stacy Anam, Bella dan Eshaal Keluar Shopping Tanpa Mommy Dan Daddy Mereka. Wah Seronok Sungguh Adik Dan Kakak Ni Shopping. Syok Dengar Si Eshaal Bercakap, Speaking Berabuk !!

Menerusi akaun Instagram Beyshal ( akaun anak-anak Stacy Anam ) , telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan Bella dan Eshaal diberikan keizinan untuk keluar membeli-belah tanpa Stacy dan Akim menemani mereka berdua.

Ini adalah reward daripada Stacy kerana usaha Bella dan Eshaal menghiasi bilik tidur mereka berdua. Dari awal lagi sudah terpancar kegembiraan di wajah adik dan kakak ini. Baru hendak melangkah keluar, Eshaal sudah membuat kelakar dengan mengatakan ‘ daddy no need ‘ kepada Bella.

Pelbagai aktiviti dilakukan oleh Bella dan Eshaal sepanjang outing kali ini. Tidak hanya shopping, mereka juga bermain ice skating dan ianya kelihatan menyeronokkan. Setiap masa, ada sahaja yang diperkatakan oleh Bella dan Eshaal.

Kefasihan Eshaal bercakap dalam bahasa Inggeris juga membuatkan ramai warganet yang kagum. Alahai si kecil ini, mulut non stop bercakap. Comel betul masing-masing memilih barang, pandai Bella menjaga adik walaupun mommy tidak ada bersama.

Jom tonton video di bawah ( video penuh di hujung artikel ) :

Perkongsian ini telahpun meraih lebih 3000 tanda suka sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen warganet yang dapat kami kongsikan :

” Ger4m je aku, daddy no need. Membebel-bebel 2 ketul ni non-stop haha. Ulang-ulang tengok you vlog Beyshal. Comel betul.. “

” Eshaal paling win ‘ daddy ? no need ‘ haha. Siuknya beyshal bershopping. love sgt dorg speaking fluently betul.. “

” Laju dia jawab ‘ no need’. Ewah-ewah si Eshaal kelakar betul si kecil ni. Dah ler mulut banyak, speaking berabuk lagi.. “

” Daddy kena p4lau haha, memandai je Eshaal ‘ daddy no need ‘ haha. Happy betul girls time berdua haha.. “

” Comel2 g1la anak2 stacyakim, love their natural being love ashaal ada gaya tersendiri bila berckp. very clever both of them.. “

” Suka tengok bella yang pandai berjimat… Stacy mmg tak manjakan anak2 dia dgn kemewahan, so bella as kakak sulung always beringat utk tak membazir and matured g1la.. “

” Esyal is a natural. speak very fluent. Bestnya beyshall shopping sakan. suka nya dengar si eshal speaking.. pakat betol hahaha.. “

Apabila dapat peluang keluar shopping, apa lagi pastinya digunakan dengan sebaik-baiknya oleh Bella dan Eshaal. Semoga kedua-duanya sentiasa menjadi anak yang terbaik, yang solehah serta membanggakan kedua ibu bapa kelak.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Beyshal, Youtube Channel Stacy Anam

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..