” Durian siapa je boleh tahan kan hahaha. Kant0i Anas.. ” – Netizen

Video Gelagat Khaleef Dayyan, Ayden Adrean Dan Fattah Anas Membuat Raya Patience Challenge Yang Mencuit Hati. Masing – Masing Punya Lah Tak Sabar Nak Makan. Part Anas Dengan Durian Paling Lawak. Kelakar Sungguh !! 

Rancangan MeleT0P sememangnya rancangan hiburan yang penuh dengan isu sensasi dan terkini yang menjadi tumpuan peminat. Menampilkan banyak kelainan dan isu menarik sepanjang minggu, MeleT0P juga mensajikan selingan menarik untuk penonton.

Bagi edisi raya MeleT0P, telah diadakan satu video istimewa iaitu Raya Patience Challenge yang memaparkan gelagat daripada 3 orang si cilik popular iaitu Khaleef Dayyan, Ayden Adrean dan Fattah Anas. Ketiga-tiga anak kecil ini antara bintang kecil yang punya nama dan auranya tersendiri.

Khaleef Dayyan anak sulung penyanyi Black ini sememangnya seorang yang ceria dan lucu seperti ayahnya. Selalu dengan taglinenya ‘ Ini memang viral.. ‘, Dayyan petah bercakap yang sering membuat video promosi bengkel Black. Juga seorang anak yang aktif dan sering mengikuti Black ke acara sukan motocross.

Si cilik Ayden pula anak kepada penyanyi Bella Astillah dan Aliff Aziz yang comel dan ceria. Ayden anak yang sopan dan sering menurut semua arahan Bella dengan baik. Kecomelan wajahnya dengan suara serak basahnya cukup memikat hati ramai peminat.

Bagi si cilik bernama Fattah Anas ini pula, namanya mula menjadi sebutan gara-gara video Anas berlakon menjadi kucing suatu masa dahulu. Kanak-kanak yang periang dan penuh dengan jenaka, Anas antara kanak-kanak bukan daripada anak selebriti yang popular di Malaysia dan semakin disayangi ramai.

Dalam video yang dikongsikan, ketiga-tiga si cilik ini diuji dengan makanan kegemaran mereka oleh ibu atau bapa masing-masing. Mereka dikehendaki untuk menunggu di hadapan makanan tersebut sementara ibu atau bapa mereka kembali datang kepada mereka. Pelbagai gelagat yang mencuit hati membuatkan ramai penonton terhibur dengan aksi mereka.

Challenge ini mendapat perhatian daripada netizen. Antara komen-komen mereka:

” Anas kantoi paling cute.. “

” Haha anas Anas kantoi makan . cute je cakap makan sikit je.. “

” Dayyan, Ayden Dan Fattah semua cute.. “

” Comel si0t Fattah Anas.. “

” Anas saje je, makan sikit je. Anas Anas.. Your ‘sabar sabar’ tu cutelah.. “

” Anas. Kelakar dia ni.. Tahu tak0t ayahnya ugut tengok balik video , baru nak ngaku haha comel Anas.. “

” Aduhhh anasss bijak sungguh hahaha.. “

” Durian siapa je boleh tahan kan hahaha.. Kant0i Anas.. “

Kelakar sungguh menonton gelagat tiga kanak-kanak comel ni. Dayyan dengan aksi j1latnya, Ayden tetap behave dan mendengar arahan. Sampai part Anas memang mencuit hati tengok durian penuh dalam mulut tu. Menghiburkan betul. Apa pun, moga Dayyan, Ayden dan Anas sentiasa gembira bersama keluarga tersayang. Aamin..

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Black Hanifah, IG Bella Astillah, IG Fattahanas Boyyeah, Youtube Channel MeleT0P

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..