” Doakan kesejahteraan Diana dan baby diberikan kesihatan yang baik. .. ” – Zamarul Hisham
Sempena Hari Lahir Isteri, Zamrul Hisham Kongsi Berita Gembira Diana Rafar Kini Hamil 5 Bulan. Wahhh.. Tahniah Zamarul Dan Diana !!
Siapa tidak kenal pelakon Zamarul Hisham aktor yang masih kacak dan bergaya meskipun sudah berusia 49 tahun. Untuk rekod, sebelum bergelar anak seni, Zamarul memulakan kerjaya awalnya sebagai seorang pereka grafik. Bergiat dalam dunia hibura sejak tahu 1997 dan kini masih lagi aktif sebagai pelakon.
Zamarul yang sebelum ini merupakan seorang duda anak 2 telah mendirikan rumah tangga bersama bekas penyanyi iaitu Diana Rafar. Menyulam kasih hampir lapan tahun, pasangan ini telah berkahwin pada 16 Mei 2009 yang pada ketika itu, Zamarul berusia 38 tahun manakala Linda berusia 27 tahun.
Hasil perkongsian hidup bersama selama 11 tahun, Zamarul dan Diana telah dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dan diberikan nama sebagai Kashfi Haikal dan Kayla Reysha. Kelihatan memang jelas Zamarul Hisham dan Diana Rafar kini tampak lebih bahagia bersama anak-anak tercinta.
Menerusi perkongsian di Instagram, Zamrul telah berkongsi ucapan selamat hari lahir buat isterinya. Malah Zamarul juga turut berkongsi berita gembira bahawa kini isterinya, Diana hamil 5 bulan dan mendoakan semoga isterinya sentiasa diberikan kesihatan yang baik bersama anak dalam kandungan.
Ikuti perkongsian oleh Zamarul di bawah ini :
Dengan berkongsi berita gembira itu, ramai yang turut mengucapkan tahniah buat Zamrul dan Diana. Antara komen-komen daripada netizen adalah :
” Congratulations bang, Alhamdulillah dikurniakan rezeki zuriat… “
” Tahniah Diana & Sham… And happy birthday Diana.. “
” Tahniah bang.. Moga sentiasa dlindungi dan dlm rahmat Allah.. “
” Untung bang Zamarulhisham93 dapat wife yg amat cantik.. Tahniah abg.. Semoga keluarga abg kekal bahagia selamanya.. “
” Tahniah & Selamat Hari Lahir sis.. “
” Happy bday sahabat ku Dianarafar semoga happy selalu bersama abg ku Zamarulhisham93.. “
Wahh.. Alhamdulillah.. Tahniah Zamarul dan Diana atas perkhabaran gembira ini. Insyaallah pasangan ini bakal menyambut anak mereka pada bulan September nanti. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Diana untuk melahirkan anak akan dipermudahkan. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zamarul Hisham, Diana Rafar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..