” Comelnya si kecil tu. Macam anak mat salleh.. ” – Netizen

Riz Amin Kongsi Gambar Bersama Anak Dan Isteri Namun Wajah Anaknya Cur1 Perhatian Ramai. Wah, Part Mata Tu Comel Sangat, Isteri Pun Cantik !!

Norizam bin Amin Nordin atau lebih dikenali sebagai Riz Amin merupakan bekas peserta Hero Remaja 2003/2004. Beliau kemudiannya membina kerjaya dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon. Riz telah banyak menghiasi drama dan telefilem tempatan.

Beliau mula dikenali menerusi watak sebagai Zahid dalam drama Si Capik yang turut dibintangi oleh Zach X-Factor. Beliau kemudian melebarkan sayap membintangi filem tempatan. Antaranya filem Impak Maksima pada tahun 2007 dan 29 Februari pada tahun 2012.

Riz Amin yang berasal dari Changlun, Kedah telah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya bernama Sharifah Fazlina binti Syed Fuad pada 16 November 2013 selepas sekian lama berkenalan di laman sosial Friendster.

Menerusi akaun Instagram, Riz Amin berkongsi gambar anak dan juga isterinya. Wajah comel anaknya menarik perhatian ramai sehinggakan ada yang menyatakan seperti anak mat saleh. Isteri Riz Amin pun apa kurangnya. Cantik juga orangnya.

Ikuti perkongsian Riz Amin di bawah :

View this post on Instagram

Apa menu buka puasa harini Korang?😊

A post shared by Riz Amin (@rizamin) on

Rata-rata netizen memuji kecomelan anak Riz Amin. Antara komen-komen mereka :

” Alohhhhhhhhh, comel mata si tecik tuuuuuu.. “

” Cute nye baby..  Mcm mat salleh .. “

” Lawa isteri dn anaknya.. “

” Anak mcm om puteh cute.. “

” Cantikknye wife die..ank die lg lah…comeiii..semoga bahagia hgga ke jannah.. “

” Comelnya si kecik tu cam anak mat salleh… “

” Comelnya anak hgpa rizamin … macam mat salleh… selamat berpuasa.. “

Alahai, memang comel sungguh. Kalau diperhatikan si kecil tu lebih mengikut wajah ibunya. Mana anak tak comel, tengoklah ibunya yang begitu cantik. Semoga Riz Amin dan isteri sentiasa berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Selamat berpuasa diucapkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Riz Amin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..