” Awet muda dari dulu lagi mereka berdua ni, hehe.. ” – Netizen

Video Erra Fazira Dan Betty Banafe Menyanyi Lagu Ratuku Versi Bahasa Bengkulu Raih Perhatian Para Peminat. Part Tengah Tu Sempat Lagi Erra Menyanyi Lagu Dangdut, Hehe !!

Nama selebriti terkenal, Erra Fazira bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam dunia seni tanah air. Mendapat jol0kan primadona filem Melayu membuatkan Erra sering menjadi idola buat mereka yang baru menapak dalam dunia seni.

Bukan itu sahaja, di laman media sosial ramai peminat telah mengwujudkan akaun fans berkongsi mengenai Erra. Salah satunya adalah akaun Instagram errafaziraprimadonamy yang sering berkongsi perkembangan kerjaya Erra.

Terbaru, akaun tersebut telah memuatnaik satu rakaman video live Erra bersama sahabat baiknya, pelakon Betty Banafe. Dalam video itu, Erra pada awalnya telah menyanyikan lagunya yang pernah popular pada masa dahulu bertajuk ‘ Pasrah’ .

Namun ketika pertengahan video, Erra sempat menyanyikan lagu dangdut bertajuk ‘ Angkat Kaki ‘, nyanyian asal penyanyi Sheeda. Selepas itu, Erra mencuba menyanyikan sedikit lirik lagu ‘ Ratuku’ nyanyian Dato’ Awie versi bahasa Bengkulu.

Jom tonton video di bawah ini :

Video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang terpesona melihat kejelitaan Erra dan Betty yang dikatakan awet muda. Antara komen menarik adalah :

” Awek muda dari dulu lagi mereka berdua ni, hehe. Lagu Pasrah ni betul2 mengimbau kenangan lah bila dengar.. “

” Ada Awie lagi padu, hehe teringin nak dengar Erra berduet lagu Ratuku dengan Awie. Cantik Erra dan Betty.. “

Memang nampak awet muda Erra dan Betty. Malah suara Erra pun masih merdu seperti usia mudanya dahulu. Erra antara selebriti yang sangat berbakat, bukan sahaja berbakat dalam lakonan malah Erra juga pandai menyanyi.

Sejak dari dahulu lagi, kisah tentang kerjaya Erra mahupun kehidupan peribadinya sering menjadi tumpuan. Sekadar info, Erra Fazira pernah mendirikan rumahtangga bersama Engku Emran dan menerusi perkahwinan keduanya itu, Erra dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini sudah pun berusia 13 tahun.

Silakan SHARE..

Sumber : IG errafaziraprimadonamy, errafazira, TikT0k errafaziraprimadonamy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..