” Dia buat medi-pedi pulak. Terlebih rajin sungguh Rina ni, haha.. ” – Netizen

Video Anak Maryam You Narae, Rina Yang Sedang Asyik Mencabut Bulu Kaki Bapanya, Ryzal Ibrahim Buat Warganet Terhibur. Alahai Rajin Betul Rina, Fokus Sungguh. Punya Syok Tarik Bulu Tu Sampai Terkeluar Air Liur, Haha !!

Hampir saban hari ada sahaja video atau gambar gelagat anak Maryam You Narae, Rina dikongsikan kepada umum. Baru sahaja Maryam kongsikan telatah Rina yang rajin mengelap lantai rumah. Bukan setakat lantai, sofa dan Maryam juga dilap oleh Rina.

Meninjau entry terbaru Maryam di akaun Instagramnya, video Rina sedang mencabut bulu kaki bapanya, Ryzal Ibrahim pula dimuatnaik. Khusyuk betul Rina menarik bulu Ryzal sampai tergelak Ryzal dan Maryam melihatnya.

Rina membuat sesi medi-pedi pula untuk Appa kali ini. Memang rajin sangat si kecil ini. Gelagat Rina itu membuatkan warganet yang menonton rasa terhibur. Tak cukup sebelah kaki, ditarik pula sebelah lagi kaki Appanya itu.

Comel betul Rina, sampai ternganga dan terkeluar air liur, punya lah syok menarik bulu ye Rina. Ada sahaja akal Rina ini, kecil lagi sudah ditunjukkan kecerdikan dan kerajinannya. Tak sabar warganet hendak menunggu Rina boleh bercakap, tentu kec0h seperti Maryam.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telahpun direkodkan untuk posting oleh Maryam ini. Antara komen-komen warganet yang dapat kami kongsikan :

” Mulut tu nak kena cub1t ke apa tu , ee ger4mnya tangannya yang terkuit-kuit tu. Rina Rina cheeky betul.. “

” Haish rajin betol la budak ni. kemas rumah pandai, cabut bulu pandai, calon menantu pilihan btol ni.. “

” Rajin betul yaa rina nii. semalam mengelap rumah , arini cabut bulu kaki appa pulak haha.. dia punya focus nak tar1k bulu tu comel.. “

” Rina duk pikir asal bulu ni sush nk cabut haha. Sekali dia g1g1t baru tau kan Rina haha.. Tukang mop dia, medi-pedi pun dia lah juga. rajin sangat ni Rina.. “

” Rina kelakar macam omma dia lah. Beautytion pedi dan meni Rina hehe, rajin betul anak dar4 ni.. “

” Anak solehah betul la dia ni. Rina terlebih rajin ni, asyik dia tarik bulu. Tak cukup sebelah nak jugak dua-dua kaki appa haha.. “

” Comelnya Rina, sampai terkeluar air liur Rina punyalah syok cabut bulu roma appa haha. So cutelah Rina.. “

” Dia buat medi-pedi pulak haha, terlebih rajin sungguh Rina ni. Mengemop pun dia, cabut bulu pun dia lah jugak haha.. bagus rina bagus.. ” 

Rina bukan sahaja menceriakan hidup Maryam dan Ryzal tetapi para peminatnya juga. Semoga Rina membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang baik, anak yang solehah dan insan yang tinggi budi pekertinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Duriankimchijunior

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..