” Dia adalah anak yang baik. Pasti permintaan Datin akan dituruti.. ” – Netizen

Ucapan Dan Doa Datin Mastura Yazid Buat Anaknya Wan Emir Astar Setelah Bergelar Suami Kepada Mira Filzah. Cukup Mendalam Dan Penuh Pengharapan Daripada Seorang Bergelar Ibu. Hati Seorang Ibu !!

Sudah selamat disatukan anak sulung Datin Mastura Yazid, Wan Emir Astar bersama pelakon terkenal Mira Filzah. Pernikahan pasangan itu berlangsung 2 hari lepas dan semalam sudah selesai resepsi pertama bagi sebelah pihak pengantin perempuan.

Kemeriahan kedua-dua majlis tersebut cukup dirasai dan seluruh keluarga juga kelihatan gembira dengan penyatuan Emir dan Mira. Datin Mastura juga sudah lega kerana anak sulungnya itu sudah bertemu suri hati dan peneman hidupnya.

Semenjak pemerg1an arw4h Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura menjaga anak-anaknya ini dengan baik. Emir sebagai anak sulung sering menjadi tul4ng belakang dan mendokong ibunya ini setiap masa dan ketika.

Menerusi akaun Instagram Datin Mastura Yazid, telah dikongsikan sekeping gambar bersama satu ucapan khas buat Emir. Datin Mastura yang mendoakan semoga ik4tan perkahwinan Emir dan Mira ini sentiasa di bawah rahmat Allah dan berharap agar Emir sentiasa membahagiakan menantunya itu. Ayat akhir Datin Mastura turut menyebut permintaan arw4h suaminya sudahpun dipenuhi hari ini untuk melihat Emir berkahwin.

Jom baca perkongsian di bawah :

Doa kudus Datin Mastura buat Emir ini mendapat perhatian netizen dan turut dibanjiri ucapan tahniah atas perkahwinan Emir ini. Antara komen-komen mereka :

” Lelaki kiriman tuhan versus bidadari kiriman tuhan.. “

” Congratulations datin … such a lovely mother.. “

” Congratulations Datin . Semoga Allah sentiasa merahmati Datin sekeluarga.. “

” Barakallah.. Smoga emir & mira kekal hingga ke jannah.. Amin.. “

” Tahniah datin. Sweet couple. Selamat melayari dunia perkahwinan love birds.. “

” Tahniah selamat pengantin baru buat emir dan mira.. “

” Aamiinn, doa seorang ibu tiada hijab. Tahniah datin dapat menantu.. ”

” In shaa Allah, Doa ibu mengiringi kebahagiaan buat mereka berdua.. “

” Boleh nampak di raut wajahnya dia adalah anak yang baik. Pasti permintaan Datin akan dituruti.. “

Alhamdulillah hasrat arw4h Dato’ Wan untuk Emir berkahwin dan mempunyai isteri sudahpun tercapai. Datin Mastura sudahpun menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan cukup sempurna. Semoga Emir menjadi suami yang baik kepada Mira sebagaimana impian ibunya itu. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Mastura Yazid, IG Inaijari, IG Emiraa2020

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..