” Dengar Puan Sri jer1t dapat ikan sekali saya pun jer1t, sebab teruja.. ” – Netizen

Puan Sri Normala Samsudin Kongsi Videonya Mengail Ikan Di Sawah. Alahai Seronok Betul Tengok Datin Sri Dapat Ikan. Part Cakap Utara Tu Memang Best Dengar !!

Setiap kali musim menuai padi antara akhir bulan Ogos hingga Oktober, ramai penduduk Perlis, tanpa mengira umur, bangsa dan pangkat, tidak akan melepaskan peluang untuk memancing ikan puyu di sawah.

Begitu juga bagi Puan Sri Normala Samsudin turut tidak melepaskan peluang mengisi masa terluangnya dengan aktiviti memancing ikan puyu. Telah dikongsikan sendiri oleh Puan Sri Normala videonya yang sedang memancing di tepi sawah.

Tulis Puan Sri di postingnya, aktiviti memancing atau bahasa utaranya ‘mengail’ ini adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan dan Puan Sri Normala turut mengakui bahwa aktiviti itu mampu menenangkan jiwanya.

Video berdurasi 3:23 minit tersebut telah menjadi perhatian ramai netizen. Hingga kini, video Puan Sri Normala memancing ikan itu telah ditonton 6 ribu lebih tontonan sejak ianya dimuatnaik ke Instagram. Wahh memang nampak happy betul Puan Sri Normala dengan hobi barunya itu.

Ikuti perkongsian video oleh Puan Sri Normala di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa teruja dan seronok melihat perkongsian video oleh Datin Sri Normala. Antara komen-komen menarik adalah :

” Elok cantik je kami lalu petang marin, nampak Cik Puan dok mengai, helokk sungguh. Nampak seronok betul noh Cik Puan dapat ikan.. “

” Indahnya suasana, terus rindu kampung lah Puan Sri. Dengar Puan Sri jer1t  dapat ikan, sekali saya pun jer1t, sebab teruja.. “

” Wah hebatnya, baru pertama kali dah dapat ikan ye. Sedap ni kalau digoreng bagi garing-garing makan dengan nasi panas.. “

” Hahaha jangan tak beli Puan, kena beli joran lah pas ni. Untung lah Puan tgl di utara, musim-musim macam ni memang seronok tengok sawah.. “

” Seronoknya, saya pun suka bab2 mancing ni . Dekat kampung suami banyak kolam kolam ikan . Kadang petang petang santai santai mancing ikan talapia.. “

” Semp0i dengar Datin cakap utara. Tengok ja video datin ni, terus jat0h cinta dengan negeri Indra Kayangan.. “

” Nikmat yang ALLAH bagi percuma je kat kita kan, seronoknya. Rasa nak juga balik sana mancing di tepi sawah abah.. “

Alahai suka betul ye Puan Sri bila dapat ikan, nampak teruja habis. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengharapkan semoga Puan Sri Normala sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tersayangnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Normala Samsudin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..