” Dekat Madinah nak buat perang4i yak yak yeay.. ” – Netizen

Sering Dilabel Ikon Tak Puasa Kerana Watak Barkoba, Video Bell Ngasri Diusik Oleh Pelajar Malaysia Di Madinah Buat Ramai Terhibur. Ad0i Macam-Macam Lah Bell Ni, Haha !!

Umum mengetahui yang Bell kini berada di Tanah Auci untuk mengerjakan Umrah bersama isterinya. Meninjau ke satu akaun Instagram, video Bell bersama beberapa orang pelajar Malaysia di Madinah telah dikongsikan.

Bell meluangkan masa bersama mereka ketika berada di sana dan apa yang menarik ialah Bell nampak sebaya sahaja dengan mereka. Sehingga Bell mengelarkan dirinya sebagai rakan sebaya apabila bersama mereka.

Selain itu, pelajar-pelajar ini juga ada mengus1k Bell dengan bertanya di manakah tempat yang sesuai untuk makan tengahari di bulan Ramadhan kerana watak Bell sebagai Barkoba terkenal sebagai seorang yang tidak berpuasa.

Pastinya seronok dapat meluangkan masa bersama Bell kerana perwatakan Bell yang sentiasa menghiburkan serta ceria. Sehingga kini, perkongsian video ini telah meraih lebih daripada 5 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian video ini membuatkan ramai terhibur dengan men1ngg4lkan komen emoji ketawa. Antara komen-komen lain yang diberikan :

” Bukak mee kari sna barkoba.. Tgk muka dia pun nk tergelak dah.. ad0i la barkoba.. mana ronjang nak cari nasi g4nja ayam merah kat sana.. mau time beli kena seb4t dlu.. “

” Tiap kali aku tgk dia, mesti aku ketawa dulu. Apa2 pn, semoga d murahkan rezeki barkoba.. bell ceria di mana2, moga sihat selalu.. “

” Hahahaha kt mesia pun kena naya nasik kedai ah h0ck.. Bell ni ceria je. Tu pasal awet muda. Mcm tak pernah tua.. “

” Barkoba asal tak jmp hang.. jom ngeteh kt pintu 307.. mareyyy.. Barkoba buat comeback.. nasi arab ah hock.. “

” Haha tak leh lari la ikon plastik hitam. Dekat madinah mne ade kedai ah hok.. Barkoba nnti kene sebat nnti .. “

” Dekat madinah nak buat per4ngai yak yak yeay mmg kena seb4t kau dgn polis masjid kat madinah mana ada mi jasak.. “

” Aku pun konfius dia ni umur berapa, muka maintain dari kecik sampai aku besar still sama .. Tengok cmni pun dah gelak. Ad0iiii la bell.. “

Walau di mana sahaja Bell berada, ada sahaja perkara yang menghiburkan dari Bell. Bell sentiasa nampak ceria dan mungkin disebabkan ini Bell sentiasa nampak awet muda. Semoga urusan Bell di sana dipermudahkan. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri, Ohmedia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..