” Danisha, erm tak banyak gambar dia.. ” – Netizen

Terima Sekali lagi Komen Netizen Yang Mempersoalkan Hanya Gambar Marissa Dania Sahaja Dikongsikan Berbanding Maria Danisha. Ini Respon Abby Abadi, Bersabarlah Abby !!

Siapa tidak kenal dengan selebriti Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan. Abby mempunyai tiga orang cahaya mata melalui perkahwinan pertama beliau bersama pelakon Norman Hakim. Mereka ialah Marissa Dania Hakim, Mohamed Danish Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Antara mereka bertiga, Marissa Dania sering menjadi perhatian di media sosial kerana wajahnya yang cantik dan manis. Sekali imbas saling tidak tumpah seperti wajah Abby ketika muda. Tambahan pula Abby juga sering berkongsi gambar anaknya itu di media sosial.

Marissa Dania kini sudah berusia 15 tahun dan dia sering menjadi model untuk perniagaan pakaian Abby. Personaliti Marissa Dania yang gemar bergaya membuatkan dia sangat sesuai menggayakan apa jua pakaian dan sentiasa nampak cantik.

Menerusi akaun Instagram, Abby telah memuatnaik lagi gambarnya bersama Marissa Dania dan anak, Daiyan. Gambar tersebut dikongsikan beserta kapsyen yang begitu mendalam maksudnya dan dalam masa yang sama mempromosi pakaian yang dijualnya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

Wahai LELAKI… . Kalau kamu memilih bersama wanita bekerjaya, kamu perlu menerima dia tidak boleh mengurus rumah sepenuh masa. . Kalau kamu memilih bersama wanita suri rumah yang boleh menjaga dan mengurus rumah tangga sepenuhnya, kamu perlu menerima yang dia tidak menghasilkan duit. . Kalau kamu memilih bersama wanita penurut, kamu harus menerima yang kalau dia bergantung kepada mu. . Kalau kamu memilih bersama wanita yg berani, kamu harus menerima kalau dia keras kepala dan punya pikiran sendiri. . Kalau kamu memilih bersama wanita cantik kamu harus menerima perbelanjaannya juga banyak. . Kalau kamu memilih bersama wanita hebat, kamu juga harus menerima kalau dia keras dan berpendirian. . TIADA WANITA SEMPURNA semua hanya dalam mimpi dan angan-angan sahaja . Jadi kamu impikan yg gimana? 🙊 Baju: @kernadia_byabbyabadi ps: Size dobok banyak lagi pilihan ye utk Set Dayana/Jubah dress Sy. Jangan risau tak muat. Mesti muat punya hehe

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Kecantikan anak-ber4nak ini sememangnya mencur1 tumpuan ramai. Rata-rata netizen memuji kecantikan Dania yang semanis wajah ibunya. Antara komen-komen mereka :

” Suka tgk gambar kluarga kak abby… semua cantik2 comel2.. bahagia je.. “

” Kak mohon copy paste na. doakan saya, semoga saya bisa mndidik anak mnjdi anak solehah.3 puteri amanah dr Allah alhamdulillah.. “

” Apa² pun ank k abby yg no 2 tu mmg cantik, cantik sgt².. suka tgok muka dia lembutt jeer.. k abby tlg kirim salam kat dia ya.. “

” She is 15yo cantik nak m4ti, kite yg 19 msih mcm rempeyek.. “

” Masyaallah seronoknya tengok abby_abadi112 dan anak, semoga abby sekeluarga diberkati dan dirahmati Allah SWT.. “

” Mak dan ank sama cantik.. “

Namun terdapat beberapa komen netizen yang mempersoalkan mengapa gambar Maria Danisha jarang dikongsikan di akaun Instagram. Ini respon Abby Abadi :

Ada sahaja yang tidak kena di mata netizen ini. Bersabarlah Abby. Hanya seorang ibu sahaja memahami sikap dan perangai anak-anak. Semoga Abby terus maju dalam perniagaan yang diceburi dan sentiasa berbahagia di samping keluarga dan anak-anak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..