” Dah selamat bersalin, putih dan comelnya baby Balkisyh.. ” – Netizen

Balkisyh Semundur Khan Kongsi Berita Gembira Selamat Bersalin Dan Gambar Bersama Bayinya. Wah Bibir Merah Dan Kulit Putih Gebu. Tahniah Balkisyh !!

Sekitar pada bulan November tahun lalu, pelakon Balkisyh Semundur Khan dilaporkan sedang hamil cahayamata ketiga hasil perkahwinan keduanya bersama Mohd Nazri Zakaria. Menurut laporan Portal Metro, ketika itu usia kandungan Balkisyh telahpun berusia 7 bulan.

Oleh kerana suaminya salah seorang petugas barisan hadapan dan bekerja di Johor, pasangan ini menjalani kehidupan sebagai pasangan jarak jauh. Panggilan video menghubungkan mereka dan suaminya pulang menjenguk Balkisyh setiap bulan.

Meninjau entry terkini di akaun Instagram Balkisyh Semundur Khan, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Balkisyh bersama bayi yang baru sahaja dilahirkannya. 9 Februari menjadi sejarah apabila bayi lelaki ini dilahirkan.

Dengan berat 2.68kg, tepat jam 12.09 pagi, lahirlah ke dunia si kecil yang dinanti-nantikan. Balkisyh turut memaklumkan, dia menahan rasa sak1t selama 42 jam sebelum lahirnya bayi ini. Wah lama juga tempoh waktu tersebut, itu lah antara peng0rbanan seorang ibu.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Balkisyh ini mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada peminat. Wajah bayi yang kelihatan sedikit wajahnya itu juga dipuji oleh peminat. Antara komen-komen peminat :

” Alhamdulillah tahniah babe, assalamualaikum baby boy. Syukur, take care Qiss dan selamat berpant4ng.. “

” Alhamdulillah rezeki dari Allah, tahniah adik kakak sayang dapat baby boy. Semoga kedua duanya terus sihat.. “

” Tahniah kak, comelnya baby. Comel je mulut bud4k kecik ni, merah bak delima. Kulit putih gebu lagi.. “

” Tahniah dah selamat dah. Nampak baby cute sangat tu. Selamat berpant4ng Balkisyh. Yeay betul tekaan kami baby boy.. “

” Alhamdulillah… slmt berpant4ng sis. smoga saya juga dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata di tahun ini.. Aamiin2 ya Rabbal Aa’lamin.. “

” Welcome to the world . Tahniah juga kepada ibu yg bertar0ng nyawa melahirkan seorang insan di muka bumi milik Allah ini. Semoga ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu. Aminn.. “

” Alhamdulillah dah selamat bersalin, putih dan comelnya baby Balkisyh. Handsome walaupun tak tunjuk penuh hehe. Selamat berpant4ng Qiss.. “

Alhamdulillah, semuanya telahpun selesai. Baik ibu mahupun anak kedua-duanya selamat dan sihat. Tahniah dari kami di Berita Kopak atas kelahiran bayi lelaki ini dan semoga ianya menambahkan lagi kebahagiaan Balkisyh sekeluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Balkisyh Semundur Khan, Portal Metro

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..