” Dah kenapa aku pulak yang sengih, jodohnya ada depan mata je rupanya.. ” – Netizen

Video Sedutan Temubual Fattah Amin Bercerita Tentang Pertemuan Pertamanya Dengan Fazura Raih Perhatian Peminat. Wah Peminat Fazura Rupanya Fattah Ni, Siapa Sangka Jadi Isteri !!

Dalam ramai pasangan selebriti tanahair, Fattah Amin dan Fazura antara pasangan yang menjadi tumpuan dan disayangi oleh ramai peminat. Sifat kedua-duanya yang merendah diri dan peramah bersama peminat membuatkan diri mereka disenangi.

Meninjau akaun Instagram Fazura_topstokis, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Fattah Amin berceritakan tentang Fazura. Fattah mengakui sejujurnya dia adalah salah seorang peminat Fazura.

Fazura lebih dahulu berkecimpung dalam bidang lakonan berbanding Fattah. Kata Fattah, kali pertama Fattah bertemu Fazura ketika sama-sama berlakon dalam sebuah filem. Fazura sebagai watak utama manakala Fattah hanya pelakon tambahan sahaja.

Betul kata Fattah, jodoh Allah sudah aturkan sebaik-baiknya. Jodoh telah lama berada di depan mata cuma belum dipertemukan sahaja pada waktu tersebut. Akh1rnya dari gandingan drama, mereka menjadi pasangan suami isteri yang sah dan kini bergelar ibu dan ayah kepada Fatima.

Jom tonton video di bawah :

Video perbualan Fattah ini telah pun mendapat hampir 13 ribu tanda suka daripada peminat sehingga kini. Antara komen-komen peminat :

” Alahai sweetnya pertemuan pertama Fattah dan Fazura ni. Suka tengok pasangan ni, semoga kekal bahagia till jannah.. “

” Yelah ada rasa hehe. comel je kisah cinta Fattah dan Fazura ni. Alhamdulillah semoga kekal ke jannah aamin ya Rabbal Alamin.. “

” Filem cinta di Capedocia. Aturan Allah itu sudah sempurna, cuma kita belum tahu aturan itu bagaimana.. “

” Sweet couple, semoga kekal ke jannah. Suka sangat tengok pasangan ni, tak banyak kontr0versi.. Manisnya cinta di cappadocia.. fattah main gitar kat taman tu.. haha betul2 extra je.. “

” Dah kenapa aku pulak yang sengih haha. Tapi tu lah minat betul dua love bird ni, Sweet nya jodoh depan mata. Allah yg tahu. Alhamdulillah.. “

” Manis nya cinta di cappodocia .. masa tu main gitar klau tak silap .. hero cita tu sahizie sam dan heroin nya fazura .. cita tu tak puas tengok.. “

” Perancangan Allah sungguh indah, betul la jodoh semua di tangan Allah. Sukanya tengok pasangan ni, so sweet.. “

” Selalu ulang2 tengok manisnya cinta di cappadocia. Sebabak tu jelah Fattah muncul main gitar kan. Fazura dating ngan Sam. Bila repeat… ehhh jodohnya ada depan mata je rupanya.. “

Allah sebaik-baik perancang dan kini Fattah dan Fazura bahagia dengan kehidupan mereka bersama anak tersayang. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sampai ke syurga dan gembira selalu bersama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura_topstokis

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..