” Daddy yang sporting, teman anak dara ke mana sahaja.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Azhar Sulaiman Mengikut Anaknya Pergi Bercuti Bersama Kawan-Kawan Dipuji Ramai Netizen. Wahhh Sporting Habis, Daddy Pun Layankan Ajer Aktiviti Anak Dara !!

Pastinya ramai yang masih mengingati pelakon yang popular sejak tahun 1990 an lagi iaitu Azhar Sulaiman. Beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan malah merupakan seorang arkitek yang berjaya. Di usia lewat 40 an beliau masih kacak seperti dahulu dan tidak dimamah usia.

Azhar mempunyai tiga orang anak di mana dua daripadanya adalah pasangan kembar. Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin merupakan pasangan kembar. Azhar sangat rapat dengan anak-anaknya dan turut cemerlang dalam pelajaran.

Sebagai seorang bapa semestinya anak perempuan akan begitu rapat dengannya. Beliau sering berkongsi gambar dan video bersama anak perempuannya dan Azhar dilihat sebagai seorang bapa yang penyayang dan begitu prihatin dengan anak-anak.

Menerusi akaun Instagram, Azhar telah memuatnaik gambar dan video beliau bersama anak serta rakan-rakan anaknya pergi bercuti ke Bintulu, Sarawak. Jarang kita melihat seorang bapa mengikut anak perempuannya bercuti bersama rakan-rakan namun ini yang dilakukan oleh Azhar.

Jom kita lihat perkongsian di bawah :

Sporting habis sampai boleh layan Tik T0k dengan anak-anak dara :

View this post on Instagram

Off to Boat Ride

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman) on

Ke mana sahaja daddy jadi driver :

View this post on Instagram

G Wagong……

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman) on

Rata-rata netizen memuji sikap sporting Azhar melayan kerenah anak dara dan kawan-kawannya. Antara komen-komen mereka :

” Sporting mami.. teman anak-anak dara ke mana je… “

” Cool daddy..  Anak perempuan memg selalunya rapat dgn ayah… lelaki dgn ibu.. “

” Video tikt0k satu mami .. hihi .. rajin mami layan gadis2 remaja berjalan2.. “

” Someday if I have kids I wish they will have that some father daughter bond mcm mami azharbsulaiman with the girls.. “

Bagus daddy.. layan je.. Bestnya berjalan.. Daddy yg sporting.. “

” Mami mmg akn always de bsmaa anak2 kalo outing kan.. terbaik la daddy.. “

” You’re such a cool dad.. Prolly needs to learn from you.. “

Wah, untung sungguh Leona kerana mempunyai daddy yang sporting begini. Rasanya percutian sebegini akan rasa lebih terjamin keselamatannya tambahan pula apabila percutian tersebut kesemuanya disertai oleh perempuan sahaja. Selamat bercuti diucapkan kepada Azhar Sulaiman dan Leona !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azhar Sulaiman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..