” Comeynya kamu, seindah nama sejuk mata memandang. Taken the Baba look.. ” – Netizen

Saharul Ridzwan Kongsikan Wajah Penuh Anak Keduanya Fateema Azzahra. Putihnya Fateema, Manis Mirip Muka Baba Sangat !! 

Saharul Ridzwan mula dikenali ketika membintangi drama Aku Kau Kita bersama Janna Nick. Namanya semakin meningkat naik dan menjadi pilihan ramai penerbit drama kerana mutu lakonannya itu. Anak kelahiran Kelantan ini juga punya rupa paras yang sedap dipandang.

Saharul antara aktor yang bersih daripada sebarang kontroversi. Memilih menikahi gadis bukan daripada golongan seni, Deena Emir menjadi pilihannya. Sama cantik sama padan, pasangan ini mendokong karier masing-masing. Deena juga seorang model muslimah dan mempunyai butiknya sendiri.

Sudahpun dikurniakan dua orang cahayamata, si sulung dinamakan Muhammad Luth Ali manakala Fateema Azzahra pula baru sahaja dilahirkan bulan Jun yang lalu. Saharul dan Deena sememangnya mengimpikan untuk memiliki bayi perempuan.

Meninjau akaun Instagram Saharul Ridzwan, telah dikongsikan wajah penuh anak perempuannya Fateema setelah sebulan usia puterinya ini. Akhirnya peminat Saharul dapat juga lihat wajah adik Ali ini. Comel dan semangat sungguh badannya, mesti sedap dipel0k ni.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah Fateema ini menarik perhatian peminat dan ramai yang memuji kecomelan wajahnya itu. Antara komen-komen :

” Steady wan…. sedap buat pel0k la wan bulat…. hehe.. “

” Macey muko awok saharul.. comey comey.. “

” Eh macam Ali sebijik. Temb4m comel sungguh.. “

” Taken the Baba look. 4 kg ni, pipi je dah 1 kg, chubby Fateema.. “

” Comeynya kamu, seindah nama sejuk mata memandang.. “

” MashaaAllah cantek nya mesti manis mcm abg dia.. “

Rata-rata peminat ger4m melihat wajah comel Fateema ni. Kalau dilihat sekarang banyak yang mengatakan seperti muka Saharul. Apa pun, tak kisahlah wajah siapapun yang penting Fateema membesar dengan sihat dan sempurna. Semoga Fateema menjadi anak solehah sebagaimana harapan Baba. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Saharul Ridzwan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..