” Comey la Aaisyah pakai tudung. Posing style Che Ta sangat.. ” – Netizen

Wajah Puteri Kesayangan Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana Memakai Tudung Jadi Tumpuan. Sekilas Pandang Rupa Che Ta Sangat Bila Aaisyah Berhijab. Cara Posing Tu Sama Betul Macam Mommy. Cantik !! 

Aaisyah Dhia Rana antara anak selebriti yang punya aura dan tarikannya yang tersendiri. Anak kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin kini sudahpun berusia 6 tahun. Aaisyah mewarisi dar4h kacukan daripada Zain dan rupa yang cantik manis daripada Che Ta.

Sejak bayi lagi, wajah Aaisyah memang menjadi tumpuan peminat. Malahan anak kecil ini juga sering dilamar menjadi duta produk. Aaisyah membesar dengan sihat dan semakin terserlah wajah mat sallehnya itu. Ada juga peminat yang mengatakan rupa Aaisyah seperti ibu saudaranya, Sasha Saidin.

Aaisyah yang suka bersolek dan bergaya tak ubah seperti Che Ta. Melihat gaya Aaisyah yang up to date, dah boleh jadi supermodel kanak-kanak. Aaisyah juga selalu menemani Che Ta menjayakan sesi photosho0t dan terkini mereka anak beranak menjadi duta syarikat emas Habib Jewels.

Menerusi akaun Instagram Aaisyah Dhia Rana, telah dikongsikan sekeping gambar Aaisyah yang manis mengenakan hijab berwarna kuning. Raut wajah Aaisyah dengan gaya posingnya itu menarik perhatian peminat. Eh eh macam Che Ta tangan di dagu tu. Comel sangat !

Jom baca perkongsian di bawah :

Penampilan Aaisyah yang sopan ini menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Aisyah hari-hari mesti comey. Lawa comel sangat.. “

” Aisyah comel cantik lagi baik hati. Anugerah Allah jaga diri, take care.. “

” Aaisyah yang cute dan cantik. You look so sweet.. “

” Comey la Aaisyah pakai tudung. Awat comei sangat Minah oiiii. Posing style Che Ta sangat.. “

” Anak ni comel pakai tudung macam Che Ta.. “

” Masha Allah comelnya dia. Cantik manis macam mummy laa.. “

” Cantik sangat, cute lah suka tengok aaisyah pakai tudung.. “

” Aaisyah yg comel sungguh pakai tudung. Nampak cantik dan solehah.. “

Comelnya Aaisyah pakai tudung macam ni. Lagi nampak macam mommy sangat. Tang tangan tu amboi Che Ta style sangat la Aaisyah sayang. Apa pun, semoga Aaisyah menjadi anak yang solehah dan sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapa. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana, IG Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..