” Comel tengok Tokti serap ‘aura’ dekat baby.. ” – Netizen

Titip Doa Moga Ernie Zakri Dipermudahkan Urusan Bersalin, Video Datuk Siti Nurhaliza Bertemu Ernie Dan Syamel Cur1 Perhatian Ramai. Alahai Comel Lah Tengok Tokti Usap Perut Ernie Dan Bagi Salam Dekat Baby Tu !!

Pastinya ramai yang sedia maklum tidak lama lagi pasangan selebriti terkenal, Ernei Zakri serta suami, Syamel bakal bergelar ibu dan bapa. Sebelum ini, Ernie dan Syamel telah berkongsi berita gembira dengan mengumumkan pada tahun ini mereka bakal menimang cahaya mata pertama.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Datuk Siti Nurhaliza, telah berkongsi beberapa gambar dan video di mana Datuk Siti berkesempatan bertemu bakal ibu tersebut di sebuah rancangan televisyen. Malah menerusi posting itu juga, Datuk Siti menitipkan doa agar segala urusan Ernie melahirkan anak pertamanya dipermudahkan.

Manakala video kedua di akaun Instagram milik Inaijari berkongsi saat Datuk Siti sedang mengusap perut Ernie dan memberikan salam kepada bayi dalam kandungan Ernie. Kedua-dua video tersebut telah mencur1 perhatian warga maya.

Ada yang menyatakan betapa beruntungnya bakal anak Ernie yang masih belum dilahirkan dapat merasakan usapkan penyanyi tersohor negara. Sehingga kini, video Ernie bertemu Datuk Siti telah mendapat puluhan tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-rata menyukai perkongsian video tersebut dan turut mendoakan semoga urusan Ernie ketika bersalin dipermudahkan. Antara komen-komen menarik adalah :

” Masya Allah. You are now a mother of two, and giving advises to new mothers. I became emotional seeing this.. “

” That baby is sooooooooooooooo lucky, sebelum lahir dah kena usap, sentuh dengan kak iti sayang. Semoga dipermudahkan urusan Ernie.. “

” Wah tak lama dah, semoga semuanya selamat buat Ernie dan anak dalam kandungan. Comel Tok Ti serap aura kat baby.. “

” Terbaik, lemah lembut penuh sopan Mak Iti cakap. Insyaallah semoga urusan bersalin Ernie akan dipermudahkan.. “

” Untung baby, belum lahir dah dapat belaian daripada penyanyi terkenal. Semoga anak ni lahir menjdi anak yang soleh / solehah buat kedua orang tuanya.. “

” Comellllll lah, hehe. Sempat lagi Syamel menyak4t Ernie. Suka tengok video ni, insan2 yg ada budi bahasa dan adab. Sejuk je mataku memandang.. “

” Raut wajah kak iti bercakap dengan Ernie tu penuh kasih sayang sangat suara pun lembut je. Bagi salam tu comel tengok.. “

Alahai seronok tengok Datuk Siti berborak bersama Ernie dan Syamel. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan ini mengucapkan semoga segala urusan Ernie Zakri bersalin tidak lama lagi akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk, Inaijari, Ernie Zakri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..