” Comel la Dey Dey, ‘kasut’ pun bole la mama.. “

Video Sharifah Shahirah Nak Bawa Anaknya, Dey Dey Beli Car Seat. Part Bila Dey Dey Sebut Car Seat Tu Paling Kelakar, Buat Netizen Tak Kering Gusi Ketawa !!

Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Shiera atau nama penuhnya, Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bak4r lebih dikenali sebagai Shiera. Dilahirkan  pada 14 Oktober 1974, beliau juga merupakan pelakon, pelawak, dan pengacara televisyen di Malaysia. Bakatnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Shiera pernah mendirikan rumah tangga bersama Jatt Ali, vokalis kumpulan Black Dog Bone dari Singapura yang jauh lebih berusia daripadanya. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Allisya. Namun jodoh mereka tidak panjang dan telah berp1sah pada tahun 1999.

Shiera menamatkan zaman janda pada tahun 2003 bersama pasangan pilihan hatinya yang juga seorang pelakon, Zulkifli Azahari atau lebih dikenali sebagai Ijoy Azhari dan merupakan anak kepada pelakon Maria Arshad. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Airel (2004), Airra (2007), Audra (2009) dan Adeena (2016).

Menerusi instagram, Shiera telah berkongsi satu video bersama anak bongsunya, Adeena atau nama panggilan manjanya iaitu Dey Dey. Shiera dan Dey Dey berada di dalam kereta untuk pergi membeli car seat. Video yang di rakamkan oleh Shiera itu menghiburkan netizen kerana gelagat Dey Dey yang sangat kelakar.

Ikuti perkongsian Shiera di bawah :

” Nak gi beli car seat for baby.. Brand apa yang molek dan murah.. “

” Lalalalalalla.. murah tu penting.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Dey Dey dalam video itu. Antara komen-komen tersebut :

” Comel dey dey ni.. Dh ler cerdik.. “

” Comel la dey dey… kasut pun bole la mama.. “

” Cute lah dey dey nie.. apa2 pun sebutan janji ada bunyi sama.. “

” Car sut ye dey dey.. “

” Haha.. bli kasut.. “

” Kelakar la Deydey ni.. haha “

‘Car sut’ pun boleh la sayang oii.. Sebutan hampir sama.. Hehe kelakar betul Dey Dey ni. Dah la comel cerdik pulak tu. Apa-apa pun, Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Shiera dan sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan buat Dey Dey, semoga menjadi anak yang taat dan solehah buat kedua ibu bapa ya sayang. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Shiera Ijoy by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..