” Lain bebenor rupa Jisoo nyer.. “

Kongsi Tarikh Hari Lahir Yang Sama, Cik Man Beri Ucapan Buat Kim Jisoo BlackPink. Part Gambar Tu Memang Cun Habis.. W0ww Hebat Cik Man Kita !! 

PU Azman yang berstatus duda dan berusia 39 tahun dan berasal dari Rantau, Negeri Sembilan ini juga pernah menuntut di Mesir selama 11 tahun dalam bidang Kuliyah Syariah Islamiah. Lebih gemar membahasakan diri sebagai ‘ Cik Man’ menggunakan pendekatan berdakwah secara santai dan bersahaja telah menarik perhatian golongan tidak kira muda atau tua.

PU Azman mula dikenali setelah memenangi program realiti Islamik, Pencetus Ummah, musim kedua pada tahun 2014 yang lalu. Bermula daripada itu, PU Azman atau nama penuhnya Azman Syah bin Alias, mula bertindak melakukan kerja-kerja dakwah dengan menjadi seorang penceramah bebas, pakar motivasi dan pengacara untuk program-program berunsur keagamaan.

Keperibadiannya yang bersahaja serta suka membuat lawak dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan dirinya mudah diterima masyarakat. Tatkala menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan warganet berkaitan hal keagamaan, beliau pasti akan selitkan sekali unsur jenaka membuatkan ramai tidak kering gusi. Tak percaya? Lihat sendiri di Instagram miliknya.

Menerusi  instagram, PU Azman telah berkongsi ucapan sempena hari lahir. Paling menarik, ucapan itu diberikan buat penyanyi korea iaitu Kim Jisoo Blackpink. PU Azman turut berkongsi tarikh yang sama menyambut hari lahir pada 3 Januari 2020 baru-baru ini.

Ikuti perkongsian PU Azman di bawah :

” Saengil chukha hamnida, Kim Jisoo.. Orae haengbokhage, geonganghage sasigo!.. “

” Moga Allah beri “sesuatu” buat anda. Hepi befday Kim Jisoo 3 Januari 1995 (blackpink) from cik man 3 Januari 1981 (black0ut).. “

Rata-rata netizen terhibur dengan ucapan PU Azman itu. Antara komen-komen tersebut :

” Fuyoooo.. Hebat.. “

” Seriously cikman ?? Hahaha.. Alhamdulillah dah bertudung dia.. “

” Amboi cik man minat dekat ji soo ke tu.. “

” Mujur bukan blackmet4l hahahahahah.. “

” Lain bebenor rupa jisoo nye.. “

” HAHAHA.. semoga jisoo diberi hidayah aamiin.. “

Cik Man ni tak pernah tak kelakar… Terhibur betul dengan Cik Man. Kami dari Berita Kopak dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Cik Man. Semoga Cik Man sentiasa di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yang baik dan cepat bertemu jodoh. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG PU Azman, Jisoo Blackpink by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..