” Comel je hadiah. Ni mesti Nely yang nak sebenarnya kan, haha.. ” – Netizen

Video Nelydia Senrose Memberikan Hadiah Hari Lahir Istimewa Buat Suaminya, Hafez Halimi Raih Perhatian Peminat. Wah Cute Sangat Hadiahnya, Pandai Nely Pilih. Ni Nely Beli Untuk Diri Sendiri Ke Untuk Suami, Hehe. Sampai Tak Percaya Hafez Dibuatnya !!

Sebut sahaja nama Nelydia Senrose, pastinya peminat akan terbayangkan wajah ayu dan lembut pelakon wanita popular ini. Mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hatinya bernama Hafez Halimi, Nelydia kini bahagia dengan kehidupannya itu.

Sebagaimana yang semua sedia maklum, Nelydia dan suami telahpun mengerjakan ibadah Haji baru-baru ini. Nelydia juga ketika itu ada berkongsikan ucapan untuk Hafez yang membuatkan peminat turut tersenyum membacanya.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Nelydia Senrose, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Nelydia membuat kej0tan hadiah hari lahir buat Hafez. Pada awal video, kelihatan pasangan merpati dua sejoli ini sedang menikmati pemandangan sambil berbual mesra.

Nelydia memberikan Hafez sebuah motor Vespa yang mana telahpun diletakkan di hadapan pintu masuk bangunan. Terkej0t Hafez melihat hadiahnya itu sambil senyuman lebar terukir di wajah. Comel sahaja apabila kedua-duanya menaiki motor ini bersama-sama.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Nelydia ini telahpun meraih hampir 17 ribu tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Happy birthday abang fez hmmmm idea sapa vespa tu hehe. comel je hadiah. ni mesti nely yg nak sebenarnye kan haha, semoga bahagia selalu u both.. “

” So sweet. Happy birthday husband nelly.. kaklong doakan korang bahagia dan kekal sampai syurga.. insyallah.. “

” Hafez so lucky to have you B. Btw Happy Birthday mhafezhalimi. Semoga diluaskan pintu rezeki, rumahtangga sentiasa sakinah, mawaddah dan rahmah.. “

” Nice gempak, You’re so good with surprises Nells. happy birthday hafez. Tak masalahnya sekarang Nely yang nampak comel pakai helmet naik motor.. “

” Omg the sweetest ever. Happy birthday, Hafez. Comel ja naik vespa, Cute nya motor dia.. “

” Sweetnyaaa Suke tgk psgan ni, dari dulu sweet je. Helmet dio lawoo. Alahh-alah cutenye moto.. “

” Comel je Nely dengan husband ni. Yeay.. Rasa relief tak ? Hehe. Happy birthday Rambo.. “

Seronok peminat melihat kegembiraan dan kebahagiaan Nelydia dan Hafez. Nelydia sememangnya semakin cantik dan lebih berseri-seri semenjak berhijab ini. Apa-apa pun, ucapan selamat hari lahir diucapkan buat Hafez Halimi daripada kami di Berita Kopak dan semoga gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nelydiasenrose

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..