” Cheq tak bok keluaq tudung pon, kes1an orang yang kena t1pu.. ” – Faezah Elai
Gara-Gara Terima Banyak DM Mengenai Tudung Labuhnya, Faezah Elai Tampil Jelaskan Hal Yang Sebenar !!
Pelakon yang cantik manis, Faezah Elai yang tampil dengan gaya khimar atau bertudung labuh telah menjadi ikutan ramai. Dia juga turut mendapat pujian kerana telah memberi galakan untuk orang lain memakai tudung dengan sempurna. Memang cantik pun gaya tudung yang ditonjolkan oleh Faezah itu.
Isteri kepada pengarah drama terkenal iaitu Heykal Hanifah ini bukan sahaja mempunyai wajah yang manis dipandang, malah dia juga merupakan seorang yang sangat menghiburkan. Ada sahaja yang dikongsikan oleh Faezah di Instagram buat peminat-peminatnya terhibur.
Hasil tinjauan di akaun Isntagram Faezah Elai telah berkongsi luahannya, dia telah menerima banyak DM daripada orang ramai untuk menjadi agen atau stokis tudung labuh jenamanya. Namun hakikatnya, Faezah memberitahu bahawa dia tidak pernah mempunyai perniagaan tudung.
Malah, Faezah juga turut kesal akan sikap sesetengah peniaga tudung yang mengambil kesempatan dengan menggunakan namanya untuk melariskan penjualan tudung mereka. Faezah juga turut berkongsi DM yang di terima oleh orang ramai yang mencari tudung original Faezah Elai.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian oleh Faizah Elai itu, turut mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen netizen adalah :
” Betul lah kadang sian kt yg beli sbb mmg yg x tahu mesti mmg igt tudung faezah elai, mungkin seller seller ni x tahu semua diorg main taram je.. “
” Semoga asbab dari tudung labuh..,, ‘Faezahelai’ hang beroleh pahala berpanjangan.. Aaminn .. “
” Tp nk terima kasih la kat kak Faezah Elai, mmg inspired untuk pakai tudung labuh yg tutup dada since tgok Faezah Elai bertudung yg properhijab punya tu.. ”
” Jujur bentul ang ni.. Baguih naa.. Semoga Allah tambah lagi rezeki ang girl.. “
” Kami beli stu, tulis stu tdung Faezah Elai… Kain xcntik. Sed1h .. “
” Yer kak dah jadi trend dah.. Insyaallah kak.. Benda baik ramai ikot.. Besar pahala akak.. “
Betul apa yang dikongsikan oleh Faezah itu. Untuk penjual tudung di luar sana, tak salah pun kalau nak buat tudung macam Faezah Elai pakai, seperti yang dikatakan oleh Faezah, letak lah jenama tudung itu inspirasi daripada Faezah Elai agar pembeli tidak merasa tert1pu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Faezah sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Faezah Elai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..