” Cantik berhijab, makin bersinar auranya. Cantik natural.. ” – Netizen

Penampilan Terkini Pelakon Utama Sinetron Bawang Merah Bawang Putih, Revalina Temat Yang Semakin Cantik Berhijab. Natural Beauty, Nampak Muda Wajahnya, Cantik Sungguh Si Bawang Putih Ni !! 

Bagi peminat drama Sinetron dari negara jiran Indonesia pastinya masih ingat dengan fenomena ‘ Bawang Merah, Bawang Putih’ di tahun 2004 yang lalu. Dibarisi pelakon handalan yang menjadi bintang utamanya iaitu Revalina Temat, Nia Ramadhani dan Dimaz Andrean, drama ini juga menjadi kesukaan ramai ketika itu.

Mendapat jumlah tontonan yang ramai, nama dua selebriti ini menjadi sebutan peminat dan masih diingati sehingga kini dan salah seorangnya ialah Revalina Temat. Memiliki wajah ayu dan suara yang lembut, Revalina kini sudahpun bergelar ibu kepada 2 orang cahayamata.

Menurut portal akurat.co, Revalina merubah imejnya kepada muslimah berhijab sekitar tahun 2017 setelah terinspirasi melihat sahabat baiknya Laudya Cynthia Bella berhijab. Ditambah lagi setelah kepulangannya dari mengerjakan umrah, perasaan ingin berhijab itu semakin kuat dan kini Revalina berhijab sepenuhnya.

Menerusi akaun Instagram, Revalina berkongsikan sekeping gambarnya yang mengenakan hijab keluaran sahabat baiknya Laudya. Revalina yang cantik dan ayu berhijab ini menarik perhatian ramai peminat dan juga rakan selebriti yang lain. Manis sungguh melihat Revalina sekarang.

Jom baca perkongsian di bawah :

Penampilan ayu Revalina ini mendapat pujian ramai netizen. Antara komen-komen mereka :

” Sayangku paling cakep emang kalo make upnya natural n ga macem2.. karena udh cakep sista.. “

” Cantik banget va. Masha Allah Hidayah Allah.. “

” Cantik bgt kmu reva, aku jd making sayang ama reva, ni aku kanjeng sukma hehehe.. “

” Cantik berhijab. Cantik natural. Idola quh makin bersinar auranya.. “

” U got very nice eyebrown.. i like, cantik banget.. sejuk je mata ku memandang wajah mu.. “

” MasyaAllah cantiknya bikin mantan menyesal Seumur hidup.. “

” Masya Allah cantiiik nya bener2 natural.. “

” Ga bisa ngomong apa apa, selain masyaAllah, Bidadari surga.. “

Cantik sungguh Revalina sejak berhijab sepenuhnya ini. Makin bertambah seri wajahnya dan terpancar kejelitaannya itu. Semoga Revalina terus istiqamah dan ditetapkan hatinya. Didoakan agar Revalina berbahagia selalu di samping keluarga tersayang dan berjaya selalu dalam kerjaya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Revalina Temat, Portal Akurat.co

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..