” Dia legend kot, dia panggil aku Ustaz.. ” – Azhan Rani

Azhan Rani Teruja Ditegur Oleh Penyanyi Kesukaannya Di Kedai Makan. Wahh Hati Siap Berbunga-Bunga Lagi Yer !!

Azhan Rani, nama yang menjadi sebutan ramai gara-gara membawa watak antagon1s menerusi drama Nur, Nur 2. Watak sebagai Ustaz Hamadi membuat ramai yang terkesan dengan wataknya. Azhan berjaya menjiwai watak yang diberikan malah bukan itu sahaja, sehingga kini Azhan sering dikenali di luar televisyen sebagai ustaz Hamadi.

Azhan bukan sahaja berbakat dalam lakonan, dia juga mempunyai bakat lawak yang mampu membuat ramai tidak kering gusi ketawa dengan gelag4tnya. Untuk pengetahuan, Azhan merupakan sahabat baik kepada pelakon Noorkhiriah. Masing-masing sebenarnya mempunyai tabiat melat4h dan sering mengusik antara satu sama ketika berada di lokasi penggambaran.

Terbaru, hasil tinjauan di Instagram, Azhan telah berkongsi satu cerita, dia sangat terkej0t apabila telah ditegur oleh vokalis kumpulan Lefthanded iaitu Datuk Nash di sebuah restoran  di Shah Alam, Selangor. Menurut Azhan,  sesudah dia bersarapan di restoran tersebut, dia telah perasan akan seorang yang memerhatikan gerak gerinya.

Menurut Azhan, mereka saling membalas senyuman dan akhirnya lelaki tersebut telah memanggil namanya. Setelah dilihat, akhirnya Azhan baru sedar bahawa lelaki tersebut bukan sebarangan orang, rupa-rupanya Datuk Nash yang diminatinya. Paling menyeronokkan, Datuk Nash turut berkongsi dia turut meminati lakonan Azhan Rani menerusi drama Nur dan memanggil Azhan dengan panggilan ‘Ustaz’.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

lepas breakfast kat sebuah restoren di shah alam susuk tubuh dalam gambar ni sedang perhatikan aku. dia senyum je. aku senyum balik pastu dia sebut nama aku. terus speechless. baru aku perasan ini bukan sebarang orang. dia legend kot #datuknashlefthanded . dia panggil aku #ustaz . dia follow drama #nur katanya. Allahuakbar berbunga2 rasanya legenda rock antara gergasi rock band zaman rockers dulu. zaman aku la. dari zaman kaset, jeans ketat, rambut panjang mengurai, zaman poster urtv penuh dengan gambar2 rockers. datuk nash lefthanded memang antara penyanyi rock paling aku kagum. suara rock yang takde klon langsung pada aku di tanah air ini. humble gila dia tadi. sikit nak share dia bagitau lefthanded ada special projek nak tour malaysia tak lama lagi. kita tunggu update dia. sure ramai lagi brader rockers yang akan turun untuk lefthanded. lepas jumpa dia tadi aku terus ride ke set sambil feeling2 rock nyanyi balik lagu2 evergreen lefthanded. terima kasih kerana menyantuni saya tadi datuk nash. tak tau ig datuk. semoga terus sihat dan saya dapat menonton konsert datuk nanti. #hariiniakuhappy🙏

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Perkongsian oleh Azhan turut mendapat perhatian netizen. Antara komen-komen mereka adalah :

” Ustaz kot… Tak kan la takmau tegoq… Klau tak tegoq ni jenis murid yg durh4ka niii.. “

” Ig Dato Nash memang x pernah somb0ng baik org nya walau pun dh begelar Dato .. “

” Nasib tak panggil Ustaz jah4t, hahaa.. Gurau jer.. “

” Itu lah, mmg dijodohkan bersama, sehati serta sejiwa.. “

” Aduh ostad ni nampak sangat tak jiwa rock .. Seronoknya boleh jumpa orang lagend kot.. “

” Tahun 2009 Dato Nash perform di Dataran Tapak Pesta Konvo UKM. Masya Allah such a gifted voice. Boleh tarik note tinggi sambil jalan santai approach penonton kat bawah stage, boleh senyum boleh salam sambil menyanyi. Suara dalam kaset sama macam suara live performance.. “

Wah teruja betul Azhan dapat jumpa penyanyi kesukaannya, sampai berbunga-bunga hati sebab Datuk Nash kenal dan tegur. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Azhan akan sentiasa berjaya dalam bidang lakonan dan sentiasa dimurahkan rezeki selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azhan Rani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..