” Cepat sembuh Zizan. Sak1t pun sempat melawak yer.. “

Zizan Razak Dalam Rawatan Dan Pemantauan Pihak Hospital. Ini Sebabnya.. Sama-Sama Doakan Untuk Zizan !!

Pelawak Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak dilahirkan pada tanggal 15 April 1984 di Dungun Terengganu. Mencuba nasib di rancangan Raja Lawak musim pertama, Zizan berjaya memperoleh tempat kedua. Bertitik tolak dari kemenangannya itu, nama Zizan terus meniti di bibir peminat sebagai pelawak hebat.

Zizan pernah bergabung bersama Johan Raja Lawak dan menghasilkan kumpulan lawak bernama Jozan semasa menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega. Nyata gandingan mereka benar-benar menjadi dan mereka berjaya merangkul gelaran juara dan sehingga kini mereka masih lagi dikenali dengan nama Jozan.

Zizan juga aktif di dalam bidang lakonan samada layar perak atau pun kaca televisyen. Antara drama lakonannya adalah Karlos Bolos. Menerusi layar perak pula, lakonannya bersama Shaheizy Sam di dalam filem Polis Evo menjadi filem pecah panggung. Ini menaikkan lagi kredibiliti Zizan sebagai pelawak dan pelakon serba boleh.

Menerusi akaun Instagram, Zizan memuatnaik sekeping gambarnya yang ketika ini masih dirawat di hospital kerana mengalami jangkitan kuman Influenz4 A. Walaupun dalam keadaan sak1t, namun ayatnya tetap ada unsur jenaka dan pastinya peminat yang membaca kapsyennya itu ketawa terbahak-bahak. Dalam suka tetap ada duk4.

” Assalamualaikum dan maaf untuk lama tidak update dimedia sosial. Cuma ingin memberitahu pada semua yang mengenal Zizan. Kini Zizan masih lagi dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital kerana terkena virus Influenza A.. “

” Yang cuma satu A dan bukan 9A sepertimana keputusan peperiksaan SPM. Tapi sekurangnya ada A dalam pengalaman kehidupan.. “

” Jadi nasihat Zizan pada semua berhati hatilah bila ketempat awam. Pakailah topeng atau apa saja untuk mengelak dari terkena apa apa jangkitan yang datang dari udara yang kita tidak nampak.. “

” Kalau terlupa bawak topeng pinjam je boxer kawan atau boyfriend janji hidup anda sihat sejahtera. Dan Zizan dapat info sekarang memang ramai yang terkena virus influenza samada A atau B bergantung kepada kecermelangan anda.. “

” Dan doakan Zizan cepat sembuh ya. Dan terima kasih kepada yang kasi bunga serta buah dan yang mendoakan buat Zizan. I love you guys.. “

View this post on Instagram

Assalamualaikum dan maaf untuk lama tidak update dimedia sosial. Cuma ingin memberitahu pada semua yang mengenal Zizan. Kini Zizan masih lagi dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital kerana terkena virus Influenza A. Yang cuma satu A dan bukan 9A sepertimana keputusan peperiksaan SPM. Tapi sekurangnya ada A dalam pengalaman kehidupan. Jadi nasihat Zizan pada semua berhati hatilah bila ketempat awam. Pakailah topeng atau apa saja untuk mengelak dari terkena apa apa jangkitan yang datang dari udara yang kita tidak nampak. Kalau terlupa bawak topeng pinjam je boxer kawan atau boyfriend janji hidup anda sihat sejahtera. Dan Zizan dapat info sekarang memang ramai yang terkena virus influenza samada A atau B bergantung kepada kecermelangan anda. Dan doakan Zizan cepat sembuh ya. Dan terima kasih kepada yang kasi bunga serta buah dan yang mendoakan buat Zizan. I love u guys. #zizanrazak #polisevo3

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Rata-rata peminat memberikan kata semangat dan terhibur dengan kapsyen Zizan itu. Antara komen-komen peminat :

” @zizanrazak869 la kesian baby kita! Cepat sembuh ok!.. “

” Laaa kesiannyaaa , speedy recovery InsyaAllah.. “

” Get well soon bosskurrr.. “

” You sak1t pun sempat gurau, buat orang lain happy.. Get well soon bang!.. “

” Cepat sembuh zizan.. Sak1t pun sempat melawak ye.. “

” Semoga Allah lindungi dan permudahkan urusan zizan.. Amin.. “

” Ciannye awak get well soon.. “

” Get well soon zizan.. Hmm tapi tu la kalau gelak baca caption zizan berdosa takkk.. “

Lawak tetap ada walaupun sakit si Zizan ni. Memang boleh mengundang ketawa besar sesiapa sahaja yang membacanya. Manakan tidak disamakan dengan keputusan peperiksaan SPM yang nyata banyak A nya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Zizan cepat sembuh dan kembali ceria seperti biasa.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizan Razak by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..