” Hensem boy !!!! Macam daddynyaaa.. “

Zareef Yusof, Hero Dato’ Seri Eizlan Yang Kacak Bergaya. Macam Tengok Dato’ Eizlan Versi Kanak-Kanak. Handsome !!

Nama Dato’ Seri Eizlan Yusof kembali menyinari tanahair dengan berita perkahwinannya buat kali kedua. Tanggal 12 Disember 2019 menjadi tarikh keramat bagi pasangan ini bergelar suami isteri yang sah. Memilih seorang wanita berketurunan Serani bernama Natasha Rose Boudville, Dato’ Seri Eizlan menamatkan zaman dudanya yang sudah pun menganjak 4 tahun.

Perkahwinan yang berlangsung ini dihadiri ramai sahabat handai dan keluarga tersayang. Boleh dikatakan Wedding of The Year kerana meriah dan gemilangnya majlis perkahwinan ini. Segala-galanya diatur dengan teliti dan tersusun bermula daripada Majlis Berinai, Majlis Akad Nikah dan Majlis Persandingan.

Dalam keasyikan peminat melihat pasangan pengantin baru ini, pastinya semua mata tertumpu kepada kelibat anak-anak Dato’ Seri Eizlan hasil daripada perkahwinan terdahulu iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia. Semuanya cantik dan kacak persis ibu dan ayah mereka.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Seri Eizlan Yusof memuatnaik beberapa keping gambar anak terunanya yang bernama Zareef Yusof. Wow memang kacak bergaya persis ayahnya. Ini betul-betul anak daddy !! Memang tak jemu mata memandang.

Jom tengok gambar-gambar yang dikongsikan bersama :

” Abang @zareefyusofofficial pon pandai bergaya. Anak daddy ! Taknak kalah dengan adik Jaya.. “

Rata-rata peminat ternyata teruja dan terkesima dengan kekacakan wajah Zareef yang betul-betul mirip dengan Dato’ Seri Eizlan. Antara komen-komen peminat :

” Handsome macam papa dia.. “

” He look like mini dato seri.. “

” Wowwww.. Hensemmmm anakanda… Bertuah nyerr… Luv you boy Hensemmmm.. “

” Hensem boy !!!! Macam daddynyaaa.. “

” Subhannallah.. Good looking zareef yusof like his mommy & daddy. Semoga yang soleh solehah semua anak-anak mommy daddy.. Amiinn yra.. “

” Handsome boy like father like son.. “

” Handsome macam pelakon sashi kapoor masa kecik tau.. “

Beruntung Zareef mewarisi wajah kacak ayahnya. Baru berusia berapa tahun sudah terserlah kekacakan dan bijak bergaya. Pastinya menjadi rebutan para pengarah dan pengasas produk untuk dijadikan duta. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat berjaya dalam kehidupan dan semoga Zareef menjadi anak yang berguna untuk ibu bapanya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG  DS Eizlan Yusof by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..