” Ceh, makin macho Dayyan ni. Melt gitewww, pandai nyanyi.. ” – Netizen

Video Anak Black, Khaleef Dayyan Mendendangkan Lagu Terbaru Black, Sabar. Amboi Gaya Menyanyi Tu Memang Tak Menahan, Siap Betulkan Rambut Lagi. Macho Sangat Anak Daddy Ni !!  

Memiliki suara yang lantang dan mampu menyanyi dalam nada tinggi, penyanyi Black Hanifah memiliki auranya tersendiri. Bukan wajah yang jadi perkara utama tetapi bakat dan suara yang power itu yang dilihat peminat pada penyanyi ini. Black juga pernah menjadi protege kepada penyanyi dangdut, Mas Idayu.

Black sudahpun mempunyai dua orang anak iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana. Anak sulungnya, Dayyan juga sudah mula menunjukkan minatnya terhadap bidang nyanyian. Kerap juga Black kongsikan video nyanyian Dayyan yang menghiburkan itu.

Dayyan juga seorang anak yang petah bercakap. Lihat sahaja gayanya mempromosi bengkel kereta daddynya itu. Bukan main pandai Dayyan menyusun ayat manisnya. Dayyan juga aktif dan lincah serta sering mengikuti Black ke acara sukan motorcross.

Menerusi akaun Instagram, Black telah berkongsikan satu video yang memaparkan Dayyan menyanyikan lagu terbarunya, Sabar. Dayyan seperti biasa nyanyiannya pasti penuh penghayatan dan gaya. Bintang kecil yang boleh digilap bakatnya supaya jadi pelapis Black suatu hari nanti.

Jom tonton video di bawah :

Nyanyian Dayyan ini sedap didengar dan menarik perhatian netizen. Antara komen-komen mereka :

” Boleh lah darling dayyan. Pandai nyanyi.. “

” Hebatttt Dayan. Padu sungguh, lagu nye cenggini laa.. “

” Achey ke tu. Hebat suaranya best dengar, protege Black ni.. “

” Thats it dayyan, talented boy, the star shinning like a diamond. Keep it up black inspire him. As shaa Allah he can go further.. “

” Ceh, makin macho dayyan ni. Melt gitewww.. “

” Awesome black hanifah with dayyan cute.. “

Amboi bayangan daddy sungguh la Dayyan ni. Memang suka menyanyi lagi-lagi lagu Black dan Achey. Boleh diasah lagi bagi bersinar bud4k Dayyan ni. Apa pun, semoga Dayyan sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna. Jadi anak yang soleh dan menyenangkan hati kedua ibu bapa. Aamin..

Kami kongsikan lagu terkini Black, tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Black Hanifah, Youtube Channel Nova Music Videos

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..