” Cantiknya Suhaila, Roy tetap tak berubah. Love ter0k couple ni.. ” – Netizen

Penampilan Faizal Hussein Bersama Isterinya, Suhaila Sulaiman Di FFM32 Raih Perhatian Ramai. Alahai Sweet Couple Betul, Muka Pun Seiras. Makin Cantik Suhaila, Awet Muda !!

Nama Faizal Hussein cukup gah dalam dunia seni hiburan tanah air. Pelakon senior ini sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan dan salah satu wataknya yang masih diingati sehingga kini adalah Azroy dalam filem G1la-G1la Remaja.

Beberapa hari yang lalu, telah berlangsungnya majlis berprestij, Festival Filem Malaysia 2022. Faizal telahpun diundang sebagai salah seorang penyampai anugerah pada malam itu bergandingan bersama pelakon jelita, Maya Karin.

Meninjau akaun Instagram Faizal Hussein, satu video yang memaparkan gelagat mereka berdua sebelum majlis, ketika majlis berlangsung dan selepas majlis selesai. Sama cantik dan sama segak, Faizal dan Suhaila memakai busana sedondon berwarna putih.

Faizal masih terlihat seperti dahulu begitu juga Suhaila. Memetik kata warganet, pasangan ini sentiasa kelihatan muda belia dan tidak dim4mah usia. Anak sudah besar pun, mereka tidak kelihatan tua.

Jom tonton video di bawah :

Sejak posting ini dimuatnaik, ianya telahpun meraih lebih 6000 tanda suka dan antara komen-komen warganet yang dapat dikongsikan untuk pembaca :

” So sweet abang dan kakak, orang lama ni. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik-baik romantik couple.. “

” Pelakon suami isteri tanpa kontr0versi yg bukan-bukan… mmg suka sgt dua kesayangan ni.. “

” Isteri saya ckp mlm itu tuan tampan segak dgn gaya pakaian nya. Hero zaman-zaman sekolah dulu. Maju terus, tuan.. “

” Azroy g1la-g1la remaja, hero legend ni. suami isteri awet muda betullah, tak nampak tua langsung ni.. “

” Dua-dua pelakon kegemaran, tetap nampak muda je suami isteri ni. Macam pengantin baru, tetap romantis bila bersama.. “

” Roy Roy, tetap tak berubah. Handsome bang, hero Malaya paling steady ni. Abang gentleman forever ni. Suami isteri seiras betul muka.. jodoh kuat ni.. “

” Cantiknyaa Suhaila… Sama cantik sama padan. Love ter0k dedua ni, muka sama. Ee bersemut tau fon orang, ee comel je.. “

Dulu dan sekarang, tak banyak berubah Faizal dan Suhaila ini. Semoga pasangan bahagia ini gembira selalu bersama anak-anak, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kekal berpanjangan jodohnya sehingga ke akhir usia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Faizal Hussein, IG Suhaila Sulaiman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..