” Cantiknya mummy Isaac masa kecik-kecik.. ” – Netizen

Video Thr0wback Zahirah Macwilson Bersarapan Di Sekolah Ketika Kecil Cur1 Perhatian Peminat. Eh Jel1ngan Mata Tu Saling Tak Tumpah Seperti Isaac Raees Lah !!

Pelakon jelita yang juga merupakan isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza, dikenali sebagai Zahirah Macwilson ini memiliki aura bintang yang tersendiri. Malah Zahirah juga turut mempunyai pakej lengkap untuk bergelar pelakon dan model.

Meninjau di akaun Instagram milik fans Zahirah dan Aiman, lovezm95 telah dikongsikan satu rakaman video Zahirah ketika zaman kanak-kanaknya. Menerusi video itu Zahirah sedang bersarapan pagi di sekolah.

Kalau dilihat perwatakan Zahirah nampak agak pem4lu ketika itu. Kedengaran seorang yang sedang merakam video itu memberitahu nama penuh Zahirah dan kelasnya. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian peminat Zahirah.

Ada yang menyatakan wajah Zahirah kelihatan sama seperti anaknya, Isaac Raees. Sehingga kini, video Zahirah sedang bersarapan itu telah mendapat ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ada peminat memuji kecomelan Zahirah ketika kecil. Antara komen peminat Zahirah itu adalah :

” Cantiknya mummy Isaac masa kecik-kecik. Memang sebiji muka Isaac lah lah video Zahirah masa ni, hehe.. “

” Muka Isaac versi rambut panjang. Nampak m4lu-m4lu Zahirah. Btw memang comel sangat Zahirah.. “

Sebelum ini, Zahirah turut berkongsi satu video lain ketika dirinya masih kecil di akaun Instagram miliknya. Dalam rakaman itu, Zahirah memberitahu yang Zahirah sedang bersiap untuk menghadiri ‘fancy dress party’. Menurutnya lagi, rakan-rakan yang lain memakai pakaian bertemakan Disney.

Manakala Zahirah memilih untuk memakai kebaya sebagai lambang Puteri Melayu. Kepetahan Zahirah bercerita dan paras wajah Zahirah yang comel membuatkan ramai memujinya. Rupanya kecantikan Zahirah memang sudah terserlah sejak kecil lagi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG lovezm95_, zahirahmacwilson

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..