” Cantiknya macam Cinderella dan Barbie atas kek tu.. “
Busana Pengantin Emma Maembong Di Majlis Resepsi Cur1 Tumpuan Ramai. Alahai.. Cantik Sangat !!
Semalam telah berlangsung majlis resepsi pelakon Emma Maembong dan pasangannya, Shazli Dato Azhar. Majlis resepsi mereka berlangsung Bora Ombak, Marina Putrajaya dengan menggunakan khidmat perkahwinan daripada Reka Teemor.
Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 20 Februari yang lalu di sebuah majlis tertutup dengan dihadiri oleh kaum keluarga dan kenalan rapat sahaja. Shazli yang merupakan seorang juruterbang menyerahkan mas kahwin RM2,000 dan senaskhah al-Quran, selain tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.
Kemudian pasangan ini mengadakan majlis malam berinai bertemakan melayu tradisional dengan persalinan songket yang bertemakan warna krim. Emma dan suami kelihatan begitu anggun dan kacak mengenakan persalinan tersebut.
Menerusi akaun Instagram, Emma berkongsi gambarnya memakai busana semasa majlis resepsinya semalam. Baju rekaan Rizman Ruzaini ini begitu cantik dan memukau mata yang memandang. Gaun berwarna putih ini membuatkan Emma bertambah cantik dan berseri.
Rata-rata netizen memuji penampilan Emma yang sekali pandang seperti patung Barbie. Antara komen-komen mereka :
” Cantiknyaaaa mcm cinderella.. “
” Mcm barbie atas kek tu.. “
” Cantiknya mcm princess dah.. “
” Cntknya baju.. “
” So beautiful kak Emma.. “
” Emma… comel lah… comel semulajadi…. “
” Ohhhhhh WHAT A BEAUTIFUL FLOWER … mcm bunga yg sangat2 cantikkkkk… well done Emma… “
Sememangnya tidak dinafikan bahawa busana pengantin Emma begitu cantik sekali ditambah pula dipakai oleh Emma yang sememangnya sudah cantik. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin ini. Semoga berbahagia sehingga akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Emma Maembong by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..