” So touching dengan lakonan adik-adik ni.. “

Persembahan Lakonan Group 17 Di Ceria Megastar 2020 Buat Ernie Zakri Dan Penonton Mengalirkan Air Mata. Allahu.. Sebak Sungguh, Sangat Terkesan Di Hati !!

Rancangan Ceria Megastar sudah masuk musim kedua di mana ia mencungk1l bakat-bakat cilik dalam bidang nyanyian, lakonan dan macam-macam lagi. Pada musim ini peserta boleh bertanding secara berkumpulan atau berseorangan di mana ia berbeza daripada musim sebelum ini.

Rancangan ini dihoskan oleh pengacara dan personaliti terkenal iaitu Raja Azura dan Nabil Ahmad. Juri tetap bagi musim ini pula ialah Zizan Razak dan Ernie Zakri. Pada setiap minggu pihak juri akan menganugerahkan Gold Star kepada peserta pilihan mereka.

Rancangan ini akan berlangsung selama lapan minggu berturut-turut di mana dua episod pertama menampilkan 20 peserta yang bertanding. Hanya 10 sahaja peserta terbaik yang dipilih berdasarkan markah tertinggi yang diadili oleh juri sepenuhnya. Peserta dinilai daripada aspek persembahan, kreativiti, penampilan dan faktor ‘wow’.

Menerusi saluran Youtube, video salah satu peserta Ceria Megastar iaitu Group 17 membuat persembahan yang begitu menyentuh hati. Persembahan mereka turut menyentuh hati juri iaitu Ernie Zakri sehingga beliau mengalirkan air mata. Bakat mereka harus dipuji kerana berjaya menghidupkan watak.

Rata-rata netizen turut mengalirkan air mata dengan lakonan adik-adik ini. Antara komen-komen mereka :

” Pandai adik ni berlakon betul betul buat saya touching.. “

” So touching dgn lakonan adik2 ni.. “

” Sedih kot.. lakonan dia masuk jiwa.. good luck dik.. “

” Sape lak pot0ng bawang nih.. “

” Merem4ng haihh bila dgr bdk ni berlakon.. “

” Pandainya dia belakon. semoga ada yv ambik diorang belakon lpsni.. “

Group 17 terdiri daripada Adriana dan Rafiq yang merupakan adik beradik ini sememangnya berbakat. Bukan mudah untuk seseorang pelakon menjiwai watak sedih apatah lagi untuk membuatkan orang lain turut mengalirkan air mata. Tahniah diucapkan kepada Group 17 !!

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube Astro Ceria by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..