” Cantiknya, lain sangat. Kalau tak mention nama memang tak cam yang ni Tokti.. ” – Netizen

Wajah Dato’ Siti Nurhaliza Yang Nampak Berbeza Dengan Hasil Solekan Daripada Khir Khalid. Wow Lain Betul Lah Tokti !! 

Memiliki suara lunak merdu dan wajah yang manis, nama Dato’ Siti Nurhaliza bukanlah nama asing lagi dalam arena seni hiburan. Sudah lebih dari 20 tahun penglibatannya, banyak kejayaan yang dicapai oleh Dato’ Siti. Namanya juga tersohor di negara-negara jiran lain.

Kehebatan vokal beliau tidak dapat dinafikan. Bercakap pun sudah merdu suaranya apatah lagi bila menyanyi. Mempunyai jumlah pengikut yang ramai di akaun Instagramnya yang kini mencapai 7.6 juta orang. Dato’ Siti juga aktif sebagai usahawan, mengeluarkan produk kesihatan dan kosmetiknya sendiri atas nama SimplySiti.

Meninjau akaun Khir Khalid, seorang jurusolek yang terkenal di kalangan artis. Hasil tangannya pasti nampak berbeza. Jika baru-baru ini, solekan Khir buat Mira Filzah menjadi bualan ramai, kini giliran Dato’ Siti pula disolek Khir dengan sentuhannya itu.

Melihat wajah Dato’ Siti seakan memandang orang lain. Berbeza daripada solekan biasa Dato’ Siti sebelum ini, Khir berjaya menghasilkan kelainan. Ramai peminat yang, menyangkakan Dato’ Siti adalah Neelofa kerana gaya solekan sebegini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Penampilan Dato’ Siti ini mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” The absolute b0mb. I need this look in my life Khir !! “

” I selaku presiden sitizoners cukup suka dgn makeup ini. Saya approved.. “

” Yazzzz this is fashionnnnn !!!!! Cantik gil4 tokti ! “

” Terharunya khir makeup kan tok ti. Just amazing. The best for the best.. “

” What an extraordinaire touch. lain bethol ! Tatarias kalini. lawa ter0k.. “

” Cantiknya. Lain gil4, Kalau tak mention nama memang tak cam yang ni Tokti.. “

” Lainnya, serious cantik. Sekali pandang ingat Neelofa.. “

” Fuhhhh ingat kan neelofa tadi. terbaekkk. G0rgeous sangat.. “

Memang lain betul rupa Dato’ Siti dalam solekan sebegini. Sentuhan ajaib daripada Khir yang dipuji peminat. Jadi extra cun terus. Apa pun, tahniah buat Khir dengan hasil seni tangannya ini. Semoga semakin maju jaya di masa hadapan. Buat Dato’ Siti juga, semoga terus berjaya selalu Dato’ !

Silakan SHARE..

Sumber : IG Khir Khalid, IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..