” Wow duduk rumah goyang kaki, pastu bulan-bulan tak kerja.. ” – Netizen

Terima Komen Negat1f Daripada Seorang Netizen, Ini Respon Padu Rita Rudaini !!

Pelakon Rita Rudaini antara pelakon wanita yang ada namanya tersendiri. Memiliki sehingga kini 1.8 juta pengikut di akaun Instagramnya, ibu kepada dua orang anak ini popular dengan caranya sendiri. Wajahnya yang manis dipandang dan bakatnya menaikkan nama Rita.

Umum mengetahui, Rita mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya dahulu dengan Aidil Zafuan iaitu Ryan dan Arjuna. Banyak berkongsikan kisah mereka bertiga di Instagram, kehidupan Rita bersama anak-anaknya itu sering jadi tumpuan ramai.

Tidak hanya berlakon, Rita juga aktif berniaga. Mengeluarkan produk kecantikannya ‘SKIN-GLO’, Rita juga turut menjual pakaian kurta untuk kanak-kanak. Selain itu Rita juga turut mengeluarkan minyak wangi di bawah jenamanya sendiri.

Menerusi akaun Instagram Rita Rudaini, telah dikongsikan sekeping gambar beliau yang menggayakan sehelai busana diberi nama ‘BRIONA RITRUDXHAZEL’. Bakal dibuka untuk jualan, Rita nampak ayu dalam busana sebegini. Wah makin bertambah produk jualan Rita.

Jom baca perkongsian di bawah :

Namun seorang netizen meningg4lkan komen negat1f buat Rita. Mengatakan pelakon ini hanya goyang kaki di rumah dan tiba-tiba berniaga pelbagai produk, Rita lantas menjawab komen netizen ini.

Komen ini turut menjadi perhatian netizen lain. Antara komen-komen mereka :

” Sis rita mcm rupa anarkali cete ptg ptg tv3 pukui 4.. “

” Rezeki yg Allah beri pd setiap hambanya berbeza2.., bersyukur dgn apa yg kita ada.. “

” Rita u kuat.. jgn peduli org kata.. u batu yg tak pecah d baling tak pec4h di p1jak… “

” Alhamdulillah dberi kecantikan dan anak2 yg soleh.. semoga sentiasa dlm rahmat Allah.. “

” Goyang kaki kat mesin jahit laju2 na.. cepat sikit, kami nk order !!.. “

” Arghhh makin cantik la sis ni. Rezeki Rita Rudaini.. “

Alahai bersabar lah Rita dengan netizen sebegini. Mungkin dia bukan pengikut setia Rita dan tidak tahu perkembangan lakonan Rita terkini. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Rita terus berjaya dalam kerjaya, dikurniakan rezeki yang lebih banyak dan sentiasa gembira bersama anak-anak tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..