” Cantiknya Che Puan Sofie.. ” – Netizen

Gambar- Gambar Penampilan Che Puan Sofie Louise Johansson Ketika Menghadiri Jamuan Majlis Raja-Raja Di Istana Negara Raih Perhatian Ramai. Wahh, Terserlah Penampilan Che Puan Sofie Yang Tampil Mengenakan Baju Kurung, Cantik !!

Perkahwinan kerabat Diraja antara Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra dan Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson pada tahun 2019 lalu telah disambut syukur oleh rakyat jelata.

Semenjak berita perkahwinan pasangan ini, penampilan Che Puan Sofie sering kali mencur1 tumpuan ramai. Manakan tidak, Che Puan Sofie dilihat sering tampil dengan mengenakan persalinan baju tradisional iaitu baju kurung.

Meninjau di akaun Instagram milik Che Puan Sofie, telah berkongsi beberapa gambar dirinya telah menghadiri satu majlis jamuan Majlis Raja-Raja di Istana Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut kelihatan pada gambar tersebut adalah Sultan-Sultan dari negeri-negeri lain.

Perkongsian oleh Che Puan Sofie tersebut sekali lagi telah mendapat perhatian ramai. Tampil dengan persalinan baju kurung berwarna ‘pink rose’ dan berselendang menampakkan Che Puan Sofie begitu cantik dan terserlah di dalam majlis tersebut.

Ikuti pekongsian gambar oleh Che Puan Sofie di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Che Puan Sofie kelihatan cantik dan bajunya juga sangat cantik meskipun ianya ‘simple’. Antara komen-komen menarik adalah :

” I like picture at No. 3. All of Queen including Che Puan look so beautiful and stvnning at picture no. 7, Che Puan and Tuanku are loving couple.. “

” Cantiknya Che Puan, nampak simpleĀ  je baju kurung tu, tapi memang sangat2 menyerlah. Nampak manis lah Che Puan.. “

” MashaAllah, you look very elegant and the dress is beautiful. Beautiful royal family couple, Che Puan Sofie so sweet.. “

” You so beautiful. Saya suka tengok perkongsian gambar-gambar oleh Che Puan Sofie, boleh dikatakan semuanya cantik.. “

” Cantik lah. Che Puan Sofie ni memang nampak sopan betul. Cara dia pakai pun alahai manis betul tengok.. “

” Sentiasa tampil anggun lah Che Puan Sofie. Sweet je tengok Che Puan Sofie dan Tengku Muhammad Fa-iz, moga terus bahagia.. “

” You are beautiful and graceful Che Puan Sofie. Negeri Kelantan is very lucky to have you in their midst.. “

Memang cantik betul Cik Puan Sofie, maka tak hairanlah kalau ramai yang memujinya. Kini sudah dua tahun Che Puan Sofie menjadi suri di hati Tengku Mahkota Kelantan. Apa-apa pun, semoga Che Puan Sofie sentiasa bahagia dan diberikan kesihatan yang baik selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sofie Louise Johansson

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..