” Cantik tulisan dia, macam tulisan komputer, sangsi Cik Man.. ” – PU Azman
PU Azman Terima Surat Daripada Peminat M1steri. Part TULISAN Tu Ramai Yang Terhibur. Ad0iii Cik Man Jarang Tak Kelakar !!!
Pendakwah Pu Azman atau mesra dipanggil oleh netizen dengan Cik ManĀ tidak perlu diperkenalkan lagi. Cara dakwahnya yang bersahaja dan seringkali diselang-selikan dengan unsur humor membuatkan setiap perkongsiannya pasti mendapat perhatian warganet.
Berbagai kaedah dan pendekatan dalam berdakwah untuk menyampaikan ilmu agama. Mahupun secara berdepan atau pun menggunakan gadjet yang canggih untuk menyalurkan ilmu pengetahuan. Bagi Cik Man, beliau selesa untuk berkongsikan ilmu agamanya di laman Instagram.
Kini bekas juara pencet0s Ummah ini menjadi pendakwah bebas yang sangat disayangi dan disenangi ramai. Dengan pendekatan yang digunakan, setiap persoalan dan kekeliruan yang ditanyakan akan dijawab oleh Cik Man dengan jawapan yang simple dan mudah difahami.
Menerusi entri terbaru Cik Man di laman Instagram, Cik Man telah berkongsikan satu gambar. Gambar tersebut adalah gambar sekeping surat dan sebekas biskut. Menurut Cik Man itu adalah hadiah yang diterimanya daripada seseorang yang tidak diketahui.
Isi surat tersebut membayangkan ianya seperti dari seseorang peminat Cik Man sendiri. Ini kerana setiap isi yang tertulis memuji dan menghargai setiap apa yang telah Cik Man lakukan dalam penyampaian dan pengajaran ilmu agama di laman Instagram.
Apa yang menarik lagi adalah kapsyen yang ditulis oleh Cik Man sangat mencuit hati. Sudah menjadi kebiasaan dalam kapsyen Cik Man apabila di hujung ayat akan ada ‘Pvnchline’ yang akan diselitkan. Ini membuatkan pengikut yang selalu mengikutinya pasti tertunggu-tunggu posting daripada Cik Man.
Jom lihat perkongsian daripada Cik Man ini. Jangan lupa baca isi surat dan kapsyen hingga habis yer..
Seperti kebiasaan, pengikut Cik Man akan merasa terhibur dengan kapsyen yang diberikan oleh Cik Man. Haa tengoklah sendiri komen-komen yang ditinggalkan mereka di bawah ini. Semuanya terhibur kan ?
” Hujung ayat mesti buat orang tergelak. Erm cikman jarang tak kelakar.. “
” Lawa betoi tulisan dia noo.. Mcm tulisan cikman juga.. “
” Aku y terkena.. Jenuhh tenung btl ke tulisan tangan. Tp x logic.. Terkena.. “
” HHAHAHAHAHAHHAA macam tulisan computer, Cantik betul tulisan tu.. tersusun elok.. “
” Cikmannn haha tu memang tulisan komputer haahahhahah.. “
” Ala2 tulisan komputer ni . Maybe beliau tekap dekat komputer.. “
” No12 tu c0nfuse sy dia tulis surat untuk cik man atau untuk pakcik man kidal.. “
” Tu tulisan typewriter la Cik Man.. tu pun tak tahu ke.. “
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Pu Azman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..