” Cantiknya Tokti macam princess pakai dress ala Cinderella.. ” – Netizen

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Ketika Shooting MV Aku Bidadari Syurgamu Raih Perhatian. Cantiknya Tokti, Dah Macam Princess !! 

Penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza nama yang cukup gah dalam industri muzik tanahair. Sejak 1996, kini 24 tahun sudah Dato’ Siti penglibatannya. Banyak album dan pencapaian yang dicapai. Populariti beliau juga sehingga ke negara jiran.

Bergelar isteri kepada Datuk Seri Khalid Jiwa, Dato’ Siti dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Siti Aafiyah. Sering berkongsi bermacam gelagat Aafiyah di akaun sosialnya untuk tatapan peminat. Ayat beliau yang memanggil ‘Aafiyah anak ibu’ menjadi trademarknya bersama Aafiyah.

Mengumumkan bakal melancarkan album baru berjudul Manifesta SITI 2020, ianya dilancarkan hari ini 3 Julai. Banyak lagu baru dirakamkan untuk peminat. Populariti Dato’ Siti hinggakan akaun Instagramnya diikuti seramai 7.6 juta orang. Suaranya, senyuman dan cara beliau melayan peminat sering mendapat pujian.

Meninjau Instagram Dato’ Siti, telah dikongsikan beberapa keping gambar beliau dalam gaun indah untuk pembikinan video muzik salah satu lagu dari album barunya ini iaitu  ‘Aku Bidadari Syurgamu’. Rekaan dress ‘Mystique by Sabrina’ ini buat Dato’ Siti nampak berbeza.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Penampilan Dato’ Siti ini mendapat perhatian daripada netizen. Antara komen-komen mereka :

” Memang macam bidadari Tokti.. ” – Tiara Jacquelina

” Weh cantiknyaaaa. Tak pernah tak cantikkk tokti niiii.. “

” Cantiknya tokti macam princess Bell. Lawanya dress. Mcm gaun pengantin.. “

” Wahhh cantikkk mcm princess dh kak iti. tak sabar nyaaaa.. “

” Wow, klasiknya dress ni Tokti. Cantiknya tokti mcm princess.. “

” Oh my blinky ! Dh lama x tgk mak iti mengenakan dress cinderella mcm ni.. “

” Lain macam dress ni. tok ti pakai apa pon santekkkkk.. “

” Wahh cantiknya baju. lagi-lagi dengan org yg pakai baju tu, lagi cantik.. “

Menawan sungguh bila Dato’ Siti mengenakan gaun begini. Rekaan yang unik dan menarik mata. Membaca komen peminat rata-ratanya memuji cantiknya Dato’ Siti. Apa pun, semoga segala urusan Dato’ Siti dipermudahkan dan terus maju jaya dalam karier. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..