” Cantik tak nenek kita.. ” – Michael Ang

Michael Ang Kongsi Gambar Bersama Uqasha Senrose Yang Telah Diubah Menggunakan Filter. Namun Respon Uqasha Macam Sed1h Je Bunyi. Ayokkk Mike, Uqasha Dah Meraj0k Tu !!

Nama Michael Ang cukup popular di kalangan peminat-peminat drama melayu tanahair. Pengarah dan produser berbangsa Cina ini mempunyai syarikat penerbitannya sendiri yang diberi nama Cube Film Sdn Bhd. Filem sulung arahan beliau adalah Kimchi Untuk Awak.

Tidak hanya berbakat dalam bidang pengarahan, Michael Ang juga berbakat dalam bidang lakonan. Beliau telah berlakon dalam beberapa buah drama dan filem. Selain menceburi bidang lakonan, Michael Ang juga pernah menyertai pertandingan masakan Masterchef Malaysia.

Umum mengetahui Michael Ang juga pakar dalam bidang masakan. Beliau sering berkongsi video masakan di laman sosial miliknya. Pelbagai resipi masakan dikongsi kepada para pengikut yang sentiasa memberi respon positif kepadanya. Aksi dan celotehnya yang kelakar itu juga membuatkan penonton mudah terhibur.

Terbaru di laman sosial milik Michael Ang, beliau memuatnaik gambarnya bersama pelakon Uqasha Senrose, tetapi gambar tersebut telah diubah menggunakan filter supaya Uqasha menjadi tua. Untuk pengetahuan semua Michael Ang dan Uqasha terlibat sama dalam Drama Perempuan Tanpa D0sa di mana Michael Ang merupakan pengarah untuk drama tersebut.

Mari kita lihat gambar yang dikongsi oleh Michael Ang ini :

Walaupun gambar sudah diubah menjadi tua, wajah Uqasha tetap nampak menarik. Gambar ini juga menerima beberapa lagi komen daripada netizen. Antaranya ialah :

” Cantik tangan & jari jemari nenek.. “

” Muka je ked0t, jari mulus. Tua-tua pun tetap cantik.. “

” Jadi nenek pun cantik lah.. “

” Nenek pipi flolessss. Lawa lah muka nenek mick.. “

” Yang cantik as always si cantiq sis Uqasha. Itu yg Michael Ang nak sampaikan kan.. “

Gambar ini turut mendapat respon daripada Uqasha :

Peminat turut memberi respon untuk ayat sed1h Uqasha di atas :

Betul lah apa yang orang kata kalau sudah cantik, buatlah macam mana pun tetap nampak cantik. Kami di Berita Semoga drama arahan Michael Ang dan lakonan Uqasha ini berjaya dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada penonton.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Michael Ang

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..