” Cute lah Humairah dah besar mesti pandai naik motor ni.. ” – Netizen

Video Hafidz Roshdi Melayan Anaknya, Humairah Dipuji Oleh Peminat, Memang Bapa Penyayang. Wah, Pandai Humairah Buat Bunyi Motor !!

Jika anda mengikuti akaun Instagram pelakon Hafidz Roshdi, pasti anda akan melihat Hafidz seorang bapa yang bertanggungjawab dan penyayang. Beliau sering meluangkan masa bersama anaknya, Humairah jika mempunyai masa lapang.

Apa sahaja aktiviti beliau bersama Humairah akan dikongsikan di akaun Instagram. Disebabkan itu Hafidz sering dipuji peminat sebagai seorang bapa mithali. Hafidz kini bahagia bersama keluarga dan tidak lama lagi akan menimang cahaya mata kedua.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagram, Hafidz telah memuatnaik videonya bersama Humairah sedang menunggang motosikal. Menurut Hafidz, beliau mempunyai kelapangan masa kerana tidak mempunyai sebarang penggambaran. Masa yang ada diluangkan bersama keluarga.

Video yang berdurasi beberapa saat itu telah mendapat puluhan ribu viewer dan beberapa komen. Sejak mempunyai anak, Hafidz lebih gemar meluangkan masa bersama Humairah berbanding melepak bersama kawan-kawan. Beliau juga akan terasa rindu dengan anaknya jika berjauhan.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji sikap Hafidz yang dilihat begitu penyayang dengan anak. Antara komen-komen mereka :

” Terbaiklah anak Hafidz Roshdi.. Ikut muka mummy betul. Cantik.. “

” Muka bapak betol… Copy paste.. Wow cute lh humairah dh besar mesti pandai naik motor ni.. “

Baby ckp ado turb0 tu.. Cute nye ger4m.. “

” Ey comelnyaaa.. Terbaiklah abang.. “

Wah, nampak seronok Humairah bermain bersama papanya. Maklumlah anak perempuan mesti rapat dengan papa kan. Semoga Hafidz terus bahagia di samping isteri dan anak tersayang serta hubungan berkekalan hingga ke syurga. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hafidz Roshdi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..