” Budak bulat ni, sekarang lengan dia dah tak bulat-bulat macam roti dah.. “

Mia Ahmad Luah Rasa Sedih Tidak Dapat Susukan Anaknya Sayf Issa. Tak Sangka Ini Sebabnya, Bersabarlah Mia !!

Siapa tidak mengenali wajah cantik her0in drama Hati Perempuan, Mia Ahmad. Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah binti Ahmad Baderi, dilahirkan pada tanggal 22 Februari 1988 di Taiping Perak. Mia merupakan anak keempat daripada lima adik beradik.

Berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia, Mia mula melongkah ke alam pekerjaan. Memilih bidang penerbangan sebagai kerjayanya, Mia pernah menjadi pramugari bagi syarikat penerbangan AirAsia dan Emirates Airline. 4 tahun selepas itu, Mia mula melibatkan diri didalam bidang permodelan dan iklan produk antaranya iklan Oral B dan Nestle Nan Grow.

Bermula dari situ, Mia mula mengintai peluang untuk menempatkan diri dalam bidang lakonan. Siri drama Ku Tak Rela adalah drama lakonan pertama Mia dan setelah itu kemunculan bersama aktor kacak Saharul Ridzwan menerusi drama Hati Perempuan melonjakkan nama Mia sehingga dikenali ramai.

Tanggal 13 Januari 2017 menjadi sejarah terindah di dalam hidup Mia apabila selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya Mohd Izham Tarmizi yang merupakan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim. Pernikahan ini diadakan di Villa Sentosa Taiping Perak dan hanya dihadiri oleh 200 orang tetamu sahaja yang terdiri dari keluarga serta rakan-rakan terdekat.

Kebahagian pasangan ini semakin bertambah apabila diserikan lagi dengan kehadiran cahayamata pertama mereka bernama Sayf Issa.

Menerusi akaun Instagram, Mia meluahkan rasa sedihnya kerana tidak dapat meneruskan penyusuan ekslusif untuk anaknya Issa. Disebabkan masalah kesihatan, doktor menasihatkan Mia untuk berhenti memberikan susu ibu dan beralih kepada susu formula.

Baca perkongsian Mia dibawah :

” Budak bulat ni.. Sekarang lengan dia dah tak bulat-bulat macam roti dah. Mommy dah wean-off dia sebab masalah kesihatan, doctor tak bagi continue bre4stfeed.. “

” 3 weeks juga nak ajar minum botol. Sedih taktahu nak cakap macam mana. Nanti Mia share my experience k? Siapa mommies kat sini senasib dengan Mia?.. “

Rata-rata peminat menzahirkan rasa sedih dan kasih4n di atas kapsyen ini dan meminta Mia bersabar. Antara komen-komen peminat :

” Allah bulat macam roti coklat!!.. Mia dont worry memang some babies take time nak ambik bottle.. Ivanna dulu pun 5 bulan tak nak botol, i give up last-last bagi minum gelas k.. ” 

” And then at night bagi straw bottle, you dah try straw bottle? I know its hard, they get very cranky sebab dah tak dapat bo0bies but dont worry it’ll get over soon!”

” You jangan give up and keep trying ok.. “

” It’s okay mummy you did well already!Issa is so lucky and must be so proud of you.. “

” Alololo.. Takpe mia, kalau itu yg terbaik dah. Asalkan Issa sihat sokmo.. “

” Ikut nasihat doktor ok.. Moga dipermudahkan urusannya.. “

” Tak apa tangan tak ketul-ketul, yang penting anak sihat.. “

Semoga Sayf Issa sentiasa sihat walaupun tanpa susu ibu. Buat Mia kuatkan semangat, kuatkan hati.. Kesihatan lebih penting agar Mia boleh lebih sihat dan bertenaga untuk menjaga Issa. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Mia akan cepat sihat dan diberi kekuatan untuk menghadapi semua halangan dan dugaan di masa hadapan.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mia Ahmad by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..