” Perrrrgghhh. Padu sangat ke rasa dia Ib ? “

Video Shuib Kira Syiling Bayar Kebab Berharga AUD 80.50 Sampai Loghat Banjar Keluar. Fuh Telan Air Liur Ib !!

Andai ditanya kepada peminat industri lawak tanahair, adakah mereka mengenali Shahmira Muhamad, sudah pasti jawapan nya adalah tid4k. Tetapi jika disebut nama komersilnya, Shuib Sepahtu, sudah tentu semua mengenali. Nama Shuib adalah ilham daripada sahabat karibnya, Jep Sepahtu yang juga ahli kumpulan Sepahtu. Hanya berniat mencuba nasib dalam program realiti Raja Lawak musim ketiga nyata rezeki memihak apabila dinobatkan sebagai juara.

Shuib mula aktif di dalam persada hiburan pada 2009. Bermula dengan pelawak, kini Shuib sudah mula dikenali sebagai pelakon, pengacara dan juga juruhebah radio. Antara penampilan nya di layar lebar adalah melalui filem Mael Lambong, Sepah The Movie, Abang Long Fadil 2 dan banyak lagi. Shuib merupakan salah seorang penyampai radio di stesen Hot FM menerusi rancangan Geng Pagi Hot yang semakin diminati pendengar. Celoteh bersahaja seringkali membuatkan pendengar ketawa dan terhibur.

Shuib telah pun mendirikan rumahtangga bersama penyanyi bersuara lantang Siti Sarah Raissuddin. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan sehingga kini tiga orang cahayamata iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Bagi mengukuhkan ekonomi keluarganya, Shuib mengusahakan perniagaan madu lebah yang diberi nama Bee Factory. Hasil usaha keras Shuib akhirnya membuahkan hasil dan Shuib mampu memberi kesenangan dan kemewahan kepada keluarganya itu.

Menerusi akaun Instagram, Shuib memaklumkan yang sekarang dia sedang bercuti di Australia bersama seluruh keluarganya. Banyak aksi-aksi sepanjang percutian disana dirakamkan dan dimuatnaik di akaunnya untuk tontonan peminat.

Entri terkini menunjukkan Shuib sedang mengira duit syiling bersama ibunya di dalam bahasa Banjar untuk membeli kebab yang berharga AUD 80.50 atau sama nilai dengan Ringgit Malaysia hampir tiga ratus ringgit.

Jom tonton video Shuib dibawah :

” Makan kebab pon harga AUD 80.50.. Meningg4l harga, sampai keluar duit syiling.. ” 

View this post on Instagram

#Holiday #Australia

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Rata-rata peminat meninggalkan komen berkenaan kapsyen tersebut :

” Aku pon pen1ng. Hahahah shuib pon sama hahahah.. “

” Aussie memang harga barang meningg4l.. “

” Hahahahaa kelako laaa.. Tak per soib kaya woo.. “

” Welcome to Australia, one of the expensive country to survive.. “

” Perrrrgghhh. Padu sangat ke rasa dia Ib.. “

” Untung nya mak dia.. Dapat anak berjaya dan kesenangan dikongsi bersama ibu dan isteri pun ok je dalam melayan mak mertua.. “

” Aku boleh katakan selalu beli kebab. Tapi aku beli snack pack. Ada salad dengan meat $15 aud. Welcome to aussie ib. Sebenarnya harga aussie tak mahal mana pun kalau kau duduk menetap kat aussie. Yang buat mahal bila kau datang holiday kau convert harga aud ke myr.. “

” Kann Kat oversea memang makanan mahal-mahal ib, rug1 Taktau awal-awal.. Kalau tak aku sponsor Hungreat @travelmeals untuk korang. Confirm jimat Confrim tak menyesal.. “

Seron0k tengok Shuib bercuti dengan keluarga besarnya. Aksi kira syiling ni memang win tambah-tambah ibunya siap kira dalam bahasa banjar lagi. Mana nak jumpa orang cakap banjar kat Australia. Berbahagia sungguh mak Shuib, Siti Sarah dan anak-anak ada ayah yang mementingkan keluarga macam Shuib ni.

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti dan moga rezeki Shuib semakin melimpah ruah selepas ini.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..