” Tingg4l sekejap ya jant0ng hati Mama dan Abah, Daiyan dan Dayana.. “

Abby Abadi dan Sekeluarga Berangkat Ke Makkah Untuk Menunaikan Ibadah Umrah..

Pelakon, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah binti Abdul Manan bersama suami, Faizal Zakaria dan serta keluarga berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada malam tadi (khamis). Turut serta bersama Abby Abadi adalah pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza sekeluarga.

Abby Abadi yang sebelum ini telah melahirkan cahaya mata seorang bayi lelaki yang bernama Muhammad Danial Firman bin Zakaria. Namun ketika ini, bayi tersebut masih berada di Unit Rawatan Rapi Ne0natal (N1CU), Hospital Sungai Buloh.

Selain itu, Abby Abadi yang telah mendirikan rumah tangga bersama Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Pasangan ini juga turut mempunyai dua orang anak angkat yang nama, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia yang kini sudah berusia 1 tahun.

Abby Abadi juga mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon Norman Hakim, iaitu, Muhammad Danish, Marissa Dania, Maria Danisha. Ketiga-tiga anak beliau juga turut serta bersama untuk menunaikan ibadah umrah.

Menerusi instagram, Abby Abadi telah berkongsi satu video yang merakamkan beliau bersama suami serta dua anak angkat beliau sebelum berlepas ke Makkah di KLIA 2 semalam. Hal ini kerana, Abby Abadi tidak membawa kedua-dua anak angkat tersebut turut bersama atas faktor tertentu.

Baca perkongsian Abby Abadi dibawah :

” Tinggal sekejap ye jant0ng hati Mama Abah Abang Kakak.. @daiyandayana. Perancangan awal memang nak bawak tp tulah.. ALLAH lebih tahu yg terbaik. Semoga anak2 ini selalu dalam lindungan & kasih sayang ALLAH @jaiezzany.. “

Rata-rata peminat telah mengucapkan selamat jalan kepada Abby Abadi, dan memuji kecomelan kedua-dua anak angkat Abby Abadi tersebut. Antara komen-komen netizen :

” Alhamdulillah.. semuga dipermudahkan ibadah umrah abby, suami dan keluarga semua.. “

” Semuga mendapat umrah yang mabrur buat abby sekeluarga ,amin.. “

” Selamat pergi dan balik sis n family.. Doakan saya dpt kesana juga ya.. “

” X apa insha Allah lepas dua tahun bole la bawa.. “

” Comelnya daiyan dayana.. Smoga mendapat umrah yg mabrur @abby_abadi112.. “

” Comel solehahnya baby girl tu. MashaAllah.. “

” Bahagianya tengok family kak abby… wajah pn terpancar kebahagiaan.. “

Alahai comel betul kedua-dua anak angkat Abby Abadi ni. Duduk elok-elok tau, jangan nakal-nakal. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak, dengan ini mengucapkan kepada Abby Abadi serta keluarga, selamat menjalani ibadah umrah dan mendapat umrah yang mabrur. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..Â