” Buat apa tu awak, tak elok la nampak. Awak tu artis. Jaga maruah harga diri.. “

Gambar Mesra Amyra Rosli Dengan Jejaka Kacak Dikec4m Netizen. Siapa Tu Myra, Mesranya. Tak Sangka Rupa-Rupanya Lelaki Itu..

Siapa tidak kenal pelakon cantik Amyra Rosli. Wajah jelita dan bakat lakonan yang ditunjukkan olehnya menjadi pujaan dan pujian ramai. Amyra dilahirkan pada 24 Ogos 1991 di Kuala Lumpur. Merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.

Nama Amyra mula dikenali menerusi drama Suamiku Encik Sotong. Beliau juga banyak membintangi drama bersiri lain antaranya Tersuka Tanpa Sengaja, Cik Bunga Encik Sombong dan banyak lagi. Drama lakonannya berjudul Nur memberikan impak yang besar dengan memenangi banyak anugerah dan pengiktirafan.

Amyra telahpun mendirikan rumahtangga bersama pelakon kacak Amar Baharin. Ikatan perkahwinan ini memberikan mereka seorang putera yang diberi nama Aqeef Anaqi. Kini Amyra sedang sarat mengandungkan cahayamata keduanya yang dijangka bakal melahirkan pada Feb 2020.

Menerusi akaun Instagram, Amyra telah berkongsikan sekeping gambarnya bersama seorang jejaka tampan yang digelarkan Naqiuddin. Gambar tersebut menjadi kec4man netizen dek kerana aksi mesra mereka. Namun akhirnya terbongkar bahawa jejaka itu sebenarnya adalah adik kandung kepada Amyra. Aduh kan dah malu !

Jom baca kapsyen di bawah :

” Expression seorang trainer bila client naik berat badan sampai berbelas-belas kilo!!! @naqiuddinrosli . #38weeks.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Alhamdulillah makin cantik lepas berhijab.. “

” May Allah ease everything beautiful mommy memang admire g1laaaa dengan kak myra nii.. “

” Tak sabarnya nak tengok adik anaqi.. “

” Cantiknya myra. Berseri-seri.. “

” Sonoknye pregnant nampak kurus je.. “

” Betul.. Tak nampak macam 38week pon.. Still maintain hot mummy.. Baby da ready nak keluar tu.. Tak sabar tengok baby girl myra.. Mesti macam mak dia.. “

Namun terselit jua komen yang kurang enak dari netizen yang tidak tahu mengenai hubungan mereka itu :

Mujurla ada yang perasan tag yang ditulis oleh Amyra merujuk kepada adiknya Naqiuddin Rosli. Memang mesra betul gambarnya sampai netizen pun terkej0t tapi bagi peminat setia pelakon cantik ini pasti mengenali segalanya tentang Amyra terutamanya keluarga dan orang-orang terdekat beliau. Lain kali, jangan main terj4h je kec4m orang.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Amyra sentiasa sihat dan moga segala urusan untuk melahirkan nanti akan dipermudahkan Allah.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aamyra Rosli by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..