” Bonda pregnant ke ? Wah happy for you berlima.. ” – Netizen

Kongsi Video Sambut Hari Lahir Suami Tersayang, Namun Hadiah Intan Liana Saleh Buat Suaminya Cur1 Perhatian Warganet. Amboi Taj4m Betul Mata Netizen Yer. Andai Benar, Tahniah Buat Intan Dan Suami !!

Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan Liana Saleh telah kembali mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihannya yang dikenali dengan nama Aizam Yahya pada bulan Disember tahun lalu. Perkongsian berita gembira itu turut dikongsikan oleh Intan di akaun Instagram.

Hanya mengenali antara satu sama lain dalam tempoh 6 bulan dan terus membuat keputusan bernikah ianya bukan penghalang buat pasangan ini untuk mengejar kebahagiaan. Lebih-lebih lagi, walaupun usia Aizam 11 tahun lebih muda, namun suami Intan ini kelihatan seorang yang matang.

Terbaru, Intan ada memuat naik satu video yang memaparkan Intan bersama anak-anak telah menyambut hari lahir suaminya di sebuah lokasi di ibu negara. Selain berkongsi video, Intan juga  memberikan kata ucapan khas buat suami tercinta.

Namun menjadi perhatian warganet adalah hadiah yang diberikan Intan kepada Aizam. Ramai yang perasan yang Intan telah memberikan kej0tan istimewa kepada Aizam dengan menghadiahkan alat ujian kehamilan (UPT) dalam sebuah bekas.

Tonton video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya telah memberikan kata ucapan tahniah buat Intan dan suami dan mendoakan yang baik-baik buat pasangan ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Tahniah Intan Liana, happy for you ber ‘5’. Allah dah gantikan dengan yang lebih baik sekarang.. Alhamdulillah.. “

” Awww. Didoakan keluarga ini terus berbahagia dipermudahkan urusan serta selalu toleransi. Aamiin. Tahniah Intan.. “

” Alhamdulillah syukur. Tahniah korang berempat, special gift tu. Moga sentiasa berkasih sayang kerana Allah.. “

” Suka tgk bonda happy skrg, moga bahagia sentiasa menjadi milik mu bonda. Tahun ni bakal terima orang baru rupanya.. “

” Bonda pregnant ? Td abg bg apa kt daddy. Happy bday daddy muqri’s. Patut lah bonda sekarang nmpak berseri-seri, bawa baby rupanya.. “

 ” Syukur Alhamdulillah, tahniah bonda Dan suami. Jaga diri baik2. Happy birthday daddy. Eh tiberrr Hahahaha, Semoga bahagia hingga ke hujung nyaw4 utk bonda dan daddy muqri’s.. “

” Alhamdulillah. Congrats bonda n husband. Semoga bahagia till jannah  tau. Suka tengok kehidupan baru bonda, syukur.. “

Kalau tengok betul-betul baru perasan memang nampak alat ujian kehamilan. Namun sehingga kini, tiada lagi pengumuman mahupun perkongsian daripada Intan sendiri. Namun reaksi yang diberikan oleh suami Intan seperti mengiyakannya. Andai benar ada berita gembira daripada Intan, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah buat pasangan ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG _iiiitan.saleh

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..