” Bila kau ada 3 ringgit nak buat macam-macam.. ” – Sharifah Shahirah

Sharifah Shahira Kongsi Video Nak Bina Surau Buat Peminat Terharu. Part Dapat Duit Dari Mana tu Memang Jujur Sangat. Terbaik Lah Kak !!

Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira ini sangat dikenali dengan celotehnya ketika berbicara. Ada sahaja yang akan diperkatakannya membuatkan ramai yang terhibur. Lagi-lagi apabila beliau selalu selitkan unsur humor secara spontan menjadikannya sangat diminati ramai.

Beliau lebih mesra dengan panggilan Shiera dan ada juga yang memanggilnya Kak Rara khususnya kenalan rapat. Selain daripada menjadi penyampai radio, Shiera merupakan seorang pengacara televisyen dan juga pelakon. Kelebihan melawak yang ada dalam diri beliau telah membawa tuah ke dalam dunia hiburan.

Memiliki gaya yang bersahaja dan kadangkala bercakap dalam loghat negeri Pahang membuatkan ramai yang terhibur bila mendengarnya. Umum mengetahui ibu yang mempunyai 5 orang anak ini merupakan kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah  dan adik kepada pelakon Sharifah Haslinda. Wow, adik beradik ada bakat berlakon kan. Hebat !!

Baru-baru ini, Shiera telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut memaparkan beliau bersama suaminya Ijoy sedang berada di sebuah kawasan yang diratakan untuk pembinaan. Menurut Shiera, beliau berada di situ untuk mengukur kawasan bagi tujuan pembinaan surau.

Tambahnya lagi, perkongsian video itu adalah ingin membuktikan beliau dan suami mampu untuk membina surau tersebut. Katanya sebelum ini ramai yang tidak mempercayainya pernah membuat kolam sendiri. Kali ini beliau ingin buktikan bahawa beliau dan suami mampu melakukannya.

Jom tonton video di bawah ini :

Perkongsian Shiera ini sangat menggembirakan buat pengikut-pengikut di laman Instagramnya. Mereka turut mendoakan kejayaannya suami isteri untuk membina surau tersebut. Ini antara komen-komen yang dit1nggalkan mereka :

” Aamin.. moga Allah permudahkan.. mami sentiasa doakan.. numpang tgok jadi la.. terharu “

” Hahaha suka la akk ni jujur dari hati tu ‘kumpul duit ig review’ semoga dipermudahkan.. “

” Takpa akk.. sikit sikit lama² jdi bukit.. insyallah.. ap yg akk hajatkan suami isteri.. insyallah pasti dpt.. kena sabar.. “

” Semoga akak sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan apa jua urusan.. “

” Adoiii.. suka betul tengok.. kalau dengar becakak mcm kita ddk semeja borok.. selamber je dia becerita kan.. “

” Rajinya suami, isteri ni.. akak ni dalam kebun pn nk bt lawak.. tak tahu nak ketawa ke nak sedih”

” Shiera ijoy moga Allah permudahkn apa jua urusannye.. Aaaammiin ya Rabb.. “

” Nak buat surau pasang niat pun dah ada pahalnya ini terus nak buat Syukur Alhamdulillah.. “

” Semoga segala urusanya dipermudahkan Aamiin. Alhamdulillah.. Gigih. Insya-Allah berjaya dan dipermudahkanNya.. “

Alhamdulillah. Semoga usaha Shiera dan suami akan dipermudahkan. Bukan mudah untuk melakukan apa sahaja sekiranya tiada usaha yang gigih. Walau bagai mana pun, setiap usaha yang baik itu selalunya dipermudahkan oleh Allah.  InshaAllah. Kami di Berita Kopak juga mendoakan usaha ini berjaya. Good Luck kak !!!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Shiera Ijoy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..