” When J calls her atok suruh minta buka playground.. ” – Jovian Mandagie

Video Gelagat Anak Jovian Mandagie, Jeanelle Nika Mandagie Menelefon Atok, Dato’ Seri Ismail Sabri Suruh Buka Playground Yang Mencuit Hati. Amboi Banyak Akal Miss J Ni !!

Siapa tidak kenal pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie. Rekaannya pasti menawan dan ekslusif. Jovian adalah suami kepada Nina Ismail Sabri iaitu anak Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob. Mereka sudahpun dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Jeanelle Nika Mandagie.

Dipanggil Miss Lim dan J, gelagat anak kecil ini sering mencuit hati ramai. Pasti ramai masih ingat aksi spontan Jeanelle yang meng0rek hidung dan menyapu jarinya ke baju Dato’ Ismail Sabri ketika live baru-baru ini. Mukanya yang manis dan mulut yang petah bercakap buat Jeanelle jadi tumpuan.

Jeanelle juga rapat dengan Atoknya ini. Kalau dah namanya cucu perempuan, tentu manjanya dengan atok dan nenek lebih dari maknya. Banyak juga video-video Jeanelle dikongsikan di akaun Instagram Jovian dan Jeanelle sendiri untuk tontonan umum.

Meninjau akaun Instagram Jovian Mandagie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Jeanelle berbual dengan Jovian tentang playground. Memandangkan situasi C0v1d-19 yang masih belum bebas sepenuhnya, playground masih belum dibenarkan dan Jeanelle rindu untuk bermain. Maka bermula drama Miss J dan Atok.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Suruh minta buka playground

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on

Gelagat J ini menghiburkan dan menarik perhatian netizen. Antara komen-komen mereka :

” Wauuuu . Comelnya.. yayyy kita ada cable besar dah.. nnti nk request apa² boleh mntk kat J laa.. nnti dia inform atok dia.. haha.. “

” Hahahaha omg pandainya dia ! Prayground ! soooo cute J.. “

” Wow pakai atok punya power… sooo pintar lah nak.. “

” Hahaha… inform atuk ye si comel ni yea… kita request je suh miss J ckp kat atuk.. “

” Oh my ! Feel like picit2 her mulot and cheeks, comel sangat.. “

” Hahaha please Miss J, ur are the hope for others.. “

Canggih betul handphone Jeanelle siap ada bunyi bunyi lagi. Part bercakap dengan Atok tu, alahai pandai sangat buat dialognya. Prayground pun bolehlah Miss J. Apa pun, semoga Jeanelle membesar dengan sihat selalu dan sentiasa di bawah lindungan Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jovian Mandagie, IG Nina Sabrina Ismail Sabri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..