” Bila ibu tersayang call masa tengah rakaman suara.. ” – Dato’ Siti Nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Video Peristiwa Melucukan Ketika Rakaman Lagu ManifestaSITI 2020. Alahai Sweetnya Tokti Dengan Mak Salmah Ni. Sampai Satu Studio Tergelak Dengar Perbualan Anak Dan Ibu Ni. Kelakar Tokti !! 

Kehebatan suaranya dan kejelitaan yang dimiliki menjadikan dia idola ramai. Dato’ Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai penyanyi nombor 1 negara kerana kejayaan demi kejayaan yang ditempanya. Bukan sahaja dalam negara malahan namanya tersohor hingga ke peringkat antarabangsa.

ManifestaSITI2020 adalah album studio Dato’ Siti yang ke 18 sepanjang penglibatannya dalam bidang seni suara ini. 11 buah lagu terkandung dalam album ini termasuklah lagu OST buat drama 7 Hari Mencintaiku 2, Aku Bidadari Syurgamu. Album ini menonjolkan kekuatan vokal Dato’ Siti dalam pelbagai genre muzik.

Kelunakan suaranya seperti biasa memuk4u sesiapa sahaja yang mendengarnya. Sebagai seorang wanita berjaya, Dato’ Siti juga bergelar anak, isteri dan ibu buat keluarganya. Ibunya Mak Salmah adalah mentornya dalam nyanyian. Pernah dikongsikan di media sosial sebelum ini kelunakan suara Mak Salmah. Patutlah suara Dato’ Siti merdu, rupanya diwarisi daripada ibunya itu.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti Nurhaliza telah berkongsikan satu video yang mended4hkan satu kejadian yang terjadi ketika sesi rakaman lagu untuk ManifestaSITI 2020. Dato’ Siti yang sedang menyanyi meminta untuk berhent1 seketika untuk menjawab panggilan daripada ibunya, Mak Salmah.

Jom tonton video di bawah :

Perbualan antara Dato’ Siti dan Mak Salmah ini menghiburkan ramai peminat. Antara komen-komen peminat :

” Halah halah halah makcik salmah , apasal comel sangat ni ….. lainkali call cik ti ni kita suka masak2 ni.. “

” Allahu tu la salah satu punca kejayaan.. ibu didulukan walau sibuk mcm mana pun.. hidup mendapat keberkatan.. salute tokti.. “

” Hebat ! Hormati Orang Tua. Berkat dalam apa jua bidang.. “

” Lembut je Siti jawab dgn Mak salmah. Suka tengok.. “

” Ya Allah kiut lahai masya Allah rindu plak kite dgn mak salmah.. “

” Alahai mak salmah. Mak salmah comel laaaa hahahahaha.. “

” Unexpected sweet moments. Cute betul mak dan anak ni.. “

Suka tengok cara Dato’ Siti hormat dan mengutamakan ibu walaupun tengah sibuk ni. Mak Salmah tetap jadi nombor 1 dan mungkin inilah faktor Dato’ Siti berjaya sampai ke tahap ini. Apa pun, comel sangat cara Mak Salmah beri resepi tu. Semoga Mak Salmah sentiasa dikurniakan umur yang panjang dan berbahagia selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..